Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

Diterbitkan Disember 29, 2019 · Dikemas kini Disember 30, 2019 oleh irfan suhaimee

iPhone 7 Plus merupakan peranti keluaran Apple yang dilancarkan pada September 2016. Ia merupakan peranti pertama keluaran Apple yang mempunyai dua lensa kamera. Adakah ia masih berbaloi untuk tahun 2020?

Reka Bentuk.

Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

Dari segi reka bentuk ia menggunakan rekaan aluminium pada bahagian badan peranti. Ia hadir dengan paparan LCD 5.5 inch dan mempunyai pengimbas cap jari fizikal. Jika dilihat, ia mempunyai rekaan yang lama seperti peranti pada tahun 2016 dan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan peranti-peranti terbaru pada tahun ini.

Prestasi.

Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

Dari segi prestasi pula, ia hadir dengan cip pemprosesan A10 Fusion dan ia mempunyai prestasi yang hampir sama dengan cip pemprosesan kelas pertengahan yang terbaru seperti Mediatek Helio G90T dan Snapdragon 730G SoC.

Kamera.

Dari segi kamera pula, ia hadir dengan dua lensa 12MP pada bahagian belakang peranti iaitu lensa lebar dan lensa telefoto. Bagi kamera hadapan pula ia hadir dengan lensa 7MP. Namun, hanya lensa lebar sahaja yang dibekalkan dengan OIS. Ia juga mampu merakam video beresolusi 4K 30fps.

Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

iPhone 7 Plus menghasilkan imej bokeh yang berkualiti.

Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

Warna yang natural tetapi kurang dari segi julat dinamik.

Imej yang dihasilkan dari iPhone 7 Plus masih lagi berkualiti dan ia menghasilkan warna yang natural namun dari segi julat dinamik, agak kurang memuaskan jika dibandingkan dengan iPhone 8 Plus.

Beberapa Kekurangan Yang Terdapat Pada iPhone 7 Plus.
Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

iPhone 7 Plus mempunyai beberapa masalah yang dilaporkan oleh kebanyakan pengguna terutamanya ia mempunyai masalah “paint chipping” di mana cat pada badan peranti amat mudah tertanggal terutamanya di bahagian bingkai kamera.

Ia juga tidak menyokong pengecasan pantas dan dari segi bateri, walaupun ia hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar, ia masih tidak mampu menandingi keupayaan bateri iPhone 8 Plus. Ia juga tidak dilengkapi dengan sistem “wireless charging” dan tidak mampu membuat rakaman video 4K 60fps.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, adakah iPhone 7 Plus masih berbaloi untuk tahun 2020? Jawapannya ialah ya, walaupun ia mempunyai banyak kekurangan jika dibandingkan dengan peranti baru yang lain, ia masih mempunyai prestasi yang cemerlang dan kamera yang berkualiti.

Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

Jika anda memang seorang pengguna sistem operasi ios dan mahu menjimatkan wang, iPhone 7 Plus sudah memadai. Jika anda mempunyai lebihan wang, disarankan untuk anda membeli iPhone 8 Plus atau iPhone X yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik dan harga yang tidak jauh bezanya dengan iPhone 7 Plus.

Adakah iPhone 7 Plus Masih Relevan Untuk Tahun 2020?

Dan jika anda seorang yang tidak kisah untuk menggunakan apa jua jenis sistem operasi, anda disarankan untuk membeli peranti-peranti Android yang baru dan mempunyai spesifikasi yang terkini seperti pengecasan pantas, kamera sudut ultra lebar, “night mode” dan pelbagai lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY