Adakah iPhone 12 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?

Terdahulu terdapat ura-ura siri iPhone 12 akan tampil dengan memori RAM sehingga 6GB. Kini mengambil giliran adalah imej yang mengilustrasikan rekaan model akan datang itu.

Dihasilkan oleh LetsGoDigital dan Concept Creator berdasarkan informasi belum rasmi sedia ada, luaran iPhone 12 ini digambarkan mirip seperti iPhone 11. Modul petak masih digunakan tetapi sedikit berbeza dari segi susunan kamera yang mengisi didalamnya.



Rekaan ini mungkin merujuk kepada dua model teratas iaitu versi Pro yang sebelum ini dikhabarkan tampil dengan tiga kamera dan sebuah lagi kamera ToF. Jika dilihat kepada khabar angin sebelum ini, empat model iPhone 12 dijangka tiba tahun ini.

Saiz skrin adalah antara 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 inci. Dua daripadanya tampil dengan RAM 6GB manakala selebihnya dengan RAM 4GB beserta dwi kamera. Tahun 2020 ini juga bakal memperlihatkan iPhone dengan sokongan 5G dikeluarkan oleh Apple.

https://www.youtube.com/watch?v=MyHD8aRGAes&feature=emb_title

Kesemua model ini akan dipersembahkan sekitar September depan manakala iPhone SE 2/iPhone 9 pula diramal hadir seawal Mac ini.

Sumber: LetsGoDigital