Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adakah Ini Rekaan ‘Trademark’ Yang Bakal Menjadi Ikutan

Adakah Ini Rekaan ‘Trademark’ Yang Bakal Menjadi Ikutan

Diterbitkan Mei 29, 2019 · Dikemas kini Mei 29, 2019 oleh Haikel Areff

Semakin lama pengguna telefon pintar semakin haus, dahagakan skrin yang lebih luas. Memahami kehendak pengguna, maka pengeluar tampil dengan pelbagai cara untuk mengoptimumkan nisbah badan ke paparan skrin. Apple menjadi hero pertama berkorban demi peminatnya. Terpaksa menahan cemuhan dan ejekan dari pelbagai sudut namun seperti biasa,  Apple don’t give a sh*t.

Screenshot 2019-05-29 at 11.58.42 AM

Mereka mempersembahkan iPhone X dengan rekaan bertakuk di dahi, ramai yang terpaksa menerima kenyataan dengan tragedi malapetaka ini. Ia adalah satu langkah berat yang perlu dilakukan dalam membawakan paparan skrin yang lebih luas. Semenjak itu, rekaan takuk ini tersebar luas seperti penyakit herpes. Satu per satu peranti dikeluarkan menggunapakai rekaan skrin bertakuk.

Melihat Keunikan Kamera Hadapan “Sirip Jerung” Pada Siri OPPO Reno

Kemudian bentuk takuk pula semakin lama semakin berevolusi. Dari bentuk mangkuk tandas bertukar menjadi titisan air (Dew Drop notch, Waterdrop notch dll) Ramai pengguna mengadu mereka terpaksa dikejarkan ke klinik gara-gara sakit mata melihat skrin bertakuk. “Mata jadi pedih, pandangan dihalang ketika menonton video dan bermain game” ujar beberapa pesakit.

Maka bermulalah rekaan kreatif seperti kamera pop-up, kamera slide, kamera bermotor, kamera berpusing dan yang terbaru kamera tersembunyi ‘sirip jerung’ yang digunakan oleh Oppo Reno.

Melihat Keunikan Kamera Hadapan “Sirip Jerung” Pada Siri OPPO Reno

Jolokan sirip jerung itu diberkan kerana panel yang keluar itu seaakan sirip jerung (obviously). Untuk menggambarkan bagaimana kamera sirip jerung ini berfungsi, bayangkan anda bermain daun terup, kemudian anda naikkan satu kad dalam dek supaya boleh ditarik oleh pemain lain.

Pergerakkan kameranya sangat minimal dan sejujurnya lebih selamat. Mekanisma pop-up seperti ini melibatkan banyak pergerakkan dan semakin kurang permukaan yang terdedah, semakin yakin saya pada peranti tersebut.

Melihat Keunikan Kamera Hadapan “Sirip Jerung” Pada Siri OPPO Reno

Kamera pop-up bersirip jerung dari Oppo Reno ini memiliki tetapan kamera 16MP f/2.0. Melalui rekaan sirip jerung ini, pengeluar juga dapat mengambil kesempatan untuk meletakkan beberapa sensor atau fungsi tambahan.

Dalam kes Oppo Reno ini, mereka meletakkan earpiece pada permukaan sirip dan dua LED flash supaya pengguna dapat menggunakan lampu tambahan di kedua-dua bahagian depan dan belakang dalam keadaan yang memerlukan.

Dengan lonjakkan paradigma oleh Oppo ini, syarikat itu masih tidak melupakan dimana asal usul mereka sebagai peranti selfie.

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY