Adakah Ini Petanda Berakhirnya ZUK Mobile?

Semenjak awal tahun ini kita sudah di dengarkan dengan berita tentang penutupan jenama ZUK Mobile yang dimiliki oleh Lenovo dalam usaha untuk menggabungkan dibawah jenama Moto.

Walaupun Lenovo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu ini, namun ianya agak jelas selepas Lenovo menukar nama domain Zuk.com kepada motorola.com.cn. Mereka juga telah mengubah domain bbs.zuk.com kepada club.lenovo.com.cn.

Jenama ZUK baru sahaja menempa nama dalam industri telefon pintar dalam masa dua tahun ini dengan memperkenalkan ZUK Z1 dan ZUK Z2. Walaupun prestasi ZUK di pasaran China tidaklah teruk namun dilihat mereka sukar untuk menembusi pasaran dunia seperti yang dilakukan Xiaomi dan OPPO.

Sumber: playfuldroid.com