Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adakah Anda Menghidap Sindrom ‘Takut Ketinggalan’?

Adakah Anda Menghidap Sindrom ‘Takut Ketinggalan’?

Diterbitkan Disember 25, 2020 oleh ariff bukhari

Mengikuti perkembangan semasa rakan-rakan dan kenalan di platfom media sosial seperti Facebook dan Instagram sepatutnya menjadi suatu aktiviti menyeronokkan.

Walaubagaimanapun, bagi sebahagian dari kita mungkin ada yang menyimpan rasa kurang senang, iri hati, sedih sehinggakan membuatkan diri mereka berasa sedikit perasaan cemas selepas melihat pelbagai gambar, video dan berita tentang rakan-rakan yang hidup serba lengkap dan seolah-olah sempurna.

Jadi sekiranya anda mempunyai kombinasi rasa emosi seperti ini, anda berkemungkinan besar menghidap sindrom yang dikenali sebagai ‘Fear of Missing Out‘ (FOMO) atau singkatannya ‘takut ketinggalan’.

FOMO adalah sindrom yang berkait rapat dengan perasaan individu yang merasakan kehilangan peluang secara peribadi mahupun profesional untuk berinteraksi dengan orang lain.

Penghidap FOMO kebiasannya akan merasa kehilangan peluang untuk diajak ke acara-acara sosial dan umumnya berasa iri hati.

Malah mereka juga  mempunyai keinginan tinggi untuk sentiasa memeriksa media sosial supaya dapat mengambil tahu tentang perkara paling menyeronokkan bakal berlaku pada rangkaian sosial mereka.

Campuran perasaan ini boleh wujud dalam ketidakpuasan dan rasa tidak senang sehingga boleh menjejaskan hubungan dengan rakan dan keluarga.

Lebih teruk adalah apabila penghidap FOMO akan menghabiskan masa lebih lama di media sosial hanya untuk melihat jika ada perkara lain yang lebih menghiburkan atau lebih memberi kepuasan yang dialami oleh orang lain yang akan menjejaskan kehidupan sosial mereka dan orang-orang sekeliling.

FOMO menyebabkan penghidapnya merasa kurang berjaya dalam pencapaian, malahan merasa menyesal dan sedih apabila melihat orang lain menjalani kehidupan lebih baik. Mereka juga merasakan telah kehilangan banyak peluang yang mereka rasa sepatutnya boleh dicapai mereka.

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah FOMO telah menjadi salah satu penyakit utama dalam era Internet pada hari ini yang boleh menjadi satu perasaan yang menghancurkan diri penghidapnya.

Oleh itu, sekiranya anda merasakan anda memiliki ciri-ciri sindrom FOMO, anda boleh menanganinya dengan berfikiran postif serta mengubah cara fikir anda.

Selain itu, antara tindakan yang boleh diambil anda sendiri bagi menangani sindrom FOMO menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan diri adalah dengan merehatkan diri daripada melayan media sosial.

Mengurangkan penggunaan telefon pintar dan mengisi hujung minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih penting kepada diri sendiri juga akan dapat membantu anda.

Sumber: CFM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY