Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ada Lagi Siri Redmi Yang Akan Dilancarkan Xiaomi Tidak Lama Lagi

Posted on Mei 11, 2020Mei 11, 2020

Sepanjang tahun 2020 berlangsung, kita sedia melihat Xiaomi tampil dengan beberapa buah telefon pintar dari segmen atasan sehinggalah bajet. Seperti tidak cukup-cukup lagi dengan apa yang ada, sebuah lagi siri Redmi dilaporkan muncul pada laman rasmi syarikat tersebut.

Telefon pintar yang dimaksudkan adalah Redmi 9 dan desas-desus ini mula timbul setelah laman web rasmi Xiaomi menyenaraikan nama model ini pada bahagian penerangan RF Exposure. Turut sama dipaparkan adalah nombor model peranti iaitu M2004J19G.

Nombor tersebut sebelum ini pernah tersenarai pada laman web badan pensijilan China Compulsory Certificate (CCC), yang mana mendedahkan sedikit maklumat iaitu pengecasan 10W.

Antara khabar angin mengenai spesifikasi Redmi 9 adalah dilengkapi dengan kuad kamera, 13MP+8MP+5MP+2MP, cip Helio G70, serta skrin berukuran 6.6 inci.

Imej didakwa sebagai rekaan panel belakang Redmi 9 yang tersebar hujung Mac lalu.

Buat masa sekarang belum dapat dipastikan bilakah pelancaran Redmi 9 akan dibuat tetapi spekulasi menyatakan ia akan diperkenalkan bersama Redmi 10X di China tidak lama lagi.

Sumber: Xiaomi via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress