Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ada Ciri ‘Recycle Bin’ Dalam Android 12

Ada Ciri ‘Recycle Bin’ Dalam Android 12

Diterbitkan April 19, 2021 oleh Wiser MY

Kemas kini Android 11 yang diperkenal tahun lepas menampilkan “Scoped Storage” yang mengehadkan jumlah storan akses untuk sesebuah aplikasi.

Kali ini, dikhabarkan tetapan storan pada Android 12 bakal memberi ciri ‘Trash folder’.

Ada Ciri ‘Recycle Bin’ Dalam Android 12

Ada Ciri ‘Recycle Bin’ Dalam Android 12

Ciri ‘Recycle Bin’ atau ‘Trash folder’ ini serupa dengan yang ada pada sistem operasi desktop yang menyenaraikan fail yang dibuang. Ia juga menunjukkan jumlah fail yang dibuang dan pengguna boleh mengosongkannya.

Namun, kebolehan untuk mengembalikan fail yang dibuang masih belum diketahui setakat ini.  Menurut xda- developers, tidak mustahil Google akan mengeluarkan ciri baharu ini didalam aplikasi ‘Files’ mereka pada waktu yang sama dengan Android 12.

Ciri lain Android 12 yang dijangkakan adalah seperti kebolehan menterjemah aplikasi mengikut tetapan bahasa pengguna. Ini dapat membantu aplikasi yang tidak menyediakan terjemahan teks untuk pengguna.

Setakat ini, tiada apa-apa jaminan yang ciri-ciri ini akan dikeluarkan pada Android 12. Namun dengan dasar yang telah diperkenal, boleh dikatakan ia akan muncul tidak lama lagi.

Sumber: slashgear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY