acerpure cool - Penapis Udara 2 Dalam 1 Acer Kini Hadir Di Malaysia Dengan Harga RM1299

Mungkin bagi sesetengah individu berpendapat penapis udara di rumah hanyalah gimik semata-mata tetapi tahukah anda bahawa ia sebenarnya membantu terutama bagi individu yang mempunyai alahan kepada habuk.

Acer hari ini mengumumkan kehadiran penapis udara 2 dalam 1 iaitu acerpure cool yang mana ia berfungsi sebagai penapis udara sambil menjadi kipas untuk pengudaraan lebih baik.



acerpure cool ini dilengkapi penapis HEPA 3 dalam 1 yang dipadankan dengan lapisan Ag+ silver untuk menapis serta mengedarkan udara di dalam rumah.

Selain itu, ia turut diuji di dalam makmal dimana penapis udara ini mampu menapis PM1.0 zarah, 99.97% daripada 0.3μm zarah persekitaran dan juga bakteria di udara.

Tambahan lagi, ia juga membebaskan ion negatif untuk menguraikan gas berbahaya di udara seperti formaldehid.

Tampil dengan rekaan serba moden bersama-sama panel LED yang memberikan kemudahan untuk melaraskan mod operasi dan pemantauan secara langsung.

Di samping itu, acerpure cool dapat menapis serta mengedarkan udara bersih untuk bilik seluas 27 m2 dalam masa tiga minit.



acerpure cool ini dijual pada harga RM1299. Namun, bersempena pelancarannya, Acer menawarkan promosi khas di Lazada pada 5 Februari dengan hanya RM899 serta hadiah percuma penapis HEPA yang bernilai RM199 untuk tujuan penggantiannya kelak.



Selepas itu, promosi ini akan terus berjalan bermula 6 Februari sehingga 9 Februari tetapi dijual pada harga RM999.

Sementara pada 10 Februari hingga 31 Mac pula, setiap pembelian komputer riba atau desktop Acer akan dapat menerima tawaran acerpure cool dengan harga RM999 beserta penapis HEPA percuma.

Pembelian acerpure cool boleh dibuat menerusi pengedar Acer yang sah atau kedai dalam talian bermula esok.