Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Enduro T1 wide

Acer Umum Tablet Dan Komputer Riba Siri Enduro – Harga Bermula RM1599

Diterbitkan Disember 9, 2020 oleh Amsyar Latif

Selain melancarkan tiga komputer riba baharu, Acer turut melancarkan barisan baharu dalam siri Enduro iaitu Acer Enduro T1 dan Acer Enduro N3. Ia merupakan siri dengan rekaan yang tahan lasak bagi semua situasi dan persekitaran.

Acer Enduro T1

enduro t1

Bagi penggemar tablet, Enduro T1 ini boleh dipadankan dengan papan kekunci. Ia dikuasakan cip Intel Celeron atau MediaTek MT8385 bersama storan eMMC 64GB.

Dengan penarafan IP54 dan MIL-STD 810G, ia dikatakan tahan kepada debu mahupun air bagi melakukan tugas di luar serta ia ringan dengan berat hanya 500g.

Acer Enduro T1 wide

Tablet ini boleh digunakan selama 10 jam untuk jangka hayat bateri dan paparannya diperbuat daripada kaca Corning Gorilla tanpa pantulan untuk penggunaan lebih lancar.

Acer Enduro T1 ini boleh di pra-tempah melalui laman rasmi Acer Malaysia dengan harga bermula RM1599.

Acer Enduro N3

enduro n3 1

Sesuai dengan nama siri ini iaitu untuk tahan lasak, Acer Enduro N3 adalah sebuah komputer riba bagi golongan arkitek, jurutera atau mana-mana individu yang perlu membawa komputer riba di luar.

Dengan penarafan IP53 dan MIL-STD 810G, komputer riba bersaiz 14 inci ini nipis dan ringan iaitu setebal 24.85mm dengan berat 1.9kg.

Ia dilengkapi kaca Corning Gorilla dengan sudut binaan yang diperkuatkan sementara Aquafan pada komputer riba ini mampu merembeskan air.

Tambahan lagi, terdapat lubang saliran pada papan kekunci dan port I/O yang ditutup membolehkan komputer riba ini sentiasa kering dan berfungsi seperti biasa walaupun terkena air.

Acer Enduro N3

Enduro 3 boleh digunakan selama 13 jam dan pada masa yang sama ia dipasang Trusted Platorm Module (TPM) 2.0 untuk keselamatan data, sama seperti pada Acer TravelMate P2.

Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu Intel Core i7-10510U dengan RAM 8GB serta 256GB SSD pada harga RM5699. Sementara varian Intel Core i5-10210U, 8GB RAM dan 256GB SSD berharga RM4699.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY