Komputer riba ini hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan seberat 1.37kg. Ia dikuasakan cip pemproses Gen-11 Intel Core i7.
Turut dilengkapi grafik Intel yang baru iaitu Intel Iris Xe MAX. Dipadankan skrin bersaiz 14 inci dengan panel IPS beresolusi 1920x1080 FHD serta 72% format warna gamut NTSC.
Ia juga dimuatkan dengan RAM 16GB LPDDR4x dengan storan 512GB hybrid Optane. Turut ditawarkan storan 256GB, 512GB dan 1TB M.2 PCIe NVMe SSD.
Selain itu, Acer menyertakan gabungan pilihan sambungan moden yang baik dimana hadir dengan WiFi 6 dan Bluetooth 5.
Bagi port pula, ia dilengkapi Thunderbolt 4, USB-C dan USB 3.2 Gen 2. Jika bateri berkurang, fungsi pengecasan pantas pada komputer riba ini mampu mengecas sehingga 4 jam penggunaan dengan hanya 30 minit cas.
Acer Swift 3X dijangka akan tiba buat pasaran EMEA pada November ini dan harga jualan bermula $900 (~RM 3729).
Berkaitan
- Huawei P50 Dilapor Akan Dilancar Pada 29 Julai, Ada Sensor Kamera Besar
- iMac Dengan Cip M1 Mungkin Akan Hadir Seawal Bulan Mac
- Samsung Galaxy S22 Dijangka Ada Kamera Olympus, Mungkin Dilancar Januari 2022
- Huawei Mate V Dijangka Tiba Tahun Ini, Telefon Umpama Galaxy Z Flip3
- OPPO Reno7 Z Akan Dilancar Di Malaysia Esok
- iPhone 13 Dilapor Akan Dijual Dengan Harga Mahal Sedikit Berbanding iPhone 12
- realme Watch S Bakal Dilancarkan 2 November Ini
- realme Perluaskan Pembukaan Experience Store - Kini Di Sunway Pyramid
- Apple TV Baharu Mungkin Dilancar Tahun Hadapan - Fokus Permainan Video
- realme Dilapor Kerjasama Dengan Kodak Untuk Telefon 'Flagship' Baharu