Acer Predator Thronos, Ibarat Syurga Dunia Untuk Pemain Permainan Video

IFA 2018 menampilkan pelbagai barangan elektronik pengguna yang menarik perhatian. Pameran yang sedang berlangsung di Berlin, Jerman ini dihadiri oleh peminat yang mahu melihat tawaran terbaru dari pengeluar-pengeluar terbesar barangan elektronik di dunia.

Salah satunya adalah Acer Predator Thronos. Diklasifikasikan sebagai gaming chair, produk terbaru dari Acer ini mugkin boleh menjadi kata ganti yang sesuai untuk 'bilik permainan' untuk kebanyakkan lelaki.



Kerusi yang boleh menempatkan sehingga 3 monitor Predator ini boleh dicondongkan sehingga 140° dan mempunyai sistem 'gegaran' bagi meniru efek situasi dalam permainan.



Dipebuat daripada keluli dan mempunyai ketinggian sehingga 5 kaki, Acer Predator Thronos turut dilengkapi peletak kaki bagi memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna mereka semasa sesi permainan yang panjang.

https://youtu.be/8HmHEMDPnpE

Acer tidak meletakkan sebarang tanda harga untuk Acer Predator Thronos ketika ini namun apa yang pasti, ia pasti akan membawa tanda harga yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan komputer gaming yang sedia ada.

Berkaitan