Tahun ini Acer melancarkan Acer Nitro 5 (2020) dimana penawaran dibuat dengan spesifikasi yang agak tinggi dari segi harga yang diberi. Jadi persoalannya, berbaloi ke komputer riba gaming ini dan mampukah ia menjalankan perisian dan permainan video berat dengan lancar?

Kami berkesempatan untuk menguji Acer Nitro 5 (2020) ini dan berikut kami kongsikan pengalaman menggunakannya dalam tempoh beberapa hari.

Rekaan  

Dari segi rekaan kita boleh nampak Acer masih mengekalkan rekaan yang sama seperti keluaran terdahulu. Saya menyukainya kerana masih mengekalkan rekaan yang sama tetapi dalam masa yang sama menambah beberapa ciri lain. Luaran Acer Nitro 5 nampak seperti komputer riba gaming yang biasa dan kelihatan agak futuristik.

IKLAN

Di bahagian hadapan laptop ini anda akan dapat lihat logo Acer berada di tengah Laptop dan tulisan nitro di bahagian bawah paparan laptop ini.

Untuk bahagian dalam pula akan terdapat logo Acer di bawah paparan skin dan kamera terletak pada bezel atas paparan. Papan kekunci dari jenis saiz penuh yang dimuatkan dengan butang nombor. Pencahayaan pada papan kekunci ini boleh diubah-ubah menerusi tetapan dalam komputer.

Di bahagian kiri terdapat Kensington Lock, lubang pengudaraan, LAN port, 2 USB-A ports dan bicu audio 3.5mm.

Di bahagian kanan pula terdapat USB-C port, USB-A port dan HDMI port. Untuk keseluruhan laptop ini ia mempunyai port I/O yang mencukupi.

Mesti anda tertanya-tanya dimana port pengecasan? Ia ditempatkan pada bahagian belakang laptop ini.

Dibawah pula terdapat beberapa lubang pengudaraan dan pembesar suara. Bahagian bawah laptop ini menggunakan binaan plastik sahaja. Jadi perlu berjaga-jaga tidak menjatuhkan laptop ini.

Bagi saya rekaan dan binaan Acer Nitro 5 2020 memang bagus. Tetapi seni binanya yang nampak generik dan boleh diperbaiki lagi. Tapi saya pasti Acer memberikan fokus keupayaan dalaman berbanding rupa paras luaran.

Spesifikasi
  • CPU – Intel Core i7-10750H @ 2.6 GHz (up to 5.0 GHz Boost), 6C/12T, 45W TDP, 14nm
  • RAM – 8GB DDR4 @ 2933 MHz
    2 x slots, boleh ditingkatkan ke 32GB (2 x 16GB)
  • GPU- NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti 6GB GDDR6
  • STORAN – 512GB PCIe NVMe SSD (SK Hynix HFM512GDJTNI-82A0A), 1 x 2.5″ SATA slot vacant, 1 x M.2 slot menyokong RAID0 vacant
  • POWER – 180W POWER ADAPTER, 3560 mAh
Paparan

Dari segi display Acer nitro 5 mengunakan skrin FHD dengan saiz 15.6 inci dan menyokong kadar segar semula 144hz . Bagi saya skrin laptop ini memang terbaik. Dari segi ketepatan warna skrin, ia dapat menghasilkan warna dengan baik sekali.

Bukan itu sahaja, warnanya pun kelihatan terang dan sedap untuk dilihat. Walaupun begitu, saya kurang berminat dengan bezel dibawah skrin yang agak besar. Ia seakan mengganggu estetik skrin laptop ni kerana bahagian kiri,kanan dan atas bezelnya nampak kecil.

Permainan video

Untuk prestasi permainan video pula, Acer nitro 5 2020 mampu menjalankan kebanyakan permainan popular seperti Fortnite dan PUBG pada tetapan tertinggi. Untuk tahu lebih lanjut mengenai tetapan dan prestasi semasa permainan dimainkan, anda boleh menonton video ulasan penuh dibawah. Untuk tahu lebih lanjut mengenai prestasi gaming laptop ini. Saksikan video ulasan saya di channel Wiser.

Harga

Bercerita tentang harga, anda boleh dapatkan Acer Nitro 5 2020 ni dengan nilai RM4899 bagi variasi tertinggi. Jika ia melepasi bajet anda, Acer nitro 5 turut ditawarkan dengan variasi termurah pada harga RM 2999.

Kesimpulan

Untuk komputer riba gaming yang berada dalam paras harga RM5000, Acer Nitro 5 2020 berkeupayaan menjalankan perisian dan permainan berat dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Jadi adakah Acer Nitro 5 ini berbaloi untuk pemain permainan video yang inginkan komputer riba gaming yang padu ? Jawapannya adalah ya sama sekali kerana spesifikasinya yang sangat bagus dan harga dia yang agak berpatutan dalam kelasnya.

Boleh beli Acer Nitro 5 dari
Lazada:
https://invol.co/clwr74
Shopee:
https://invol.co/clwr7j