Acer Malaysia Perkenal TravelMate P4 Dengan Harga Bermula RM4099

Selari dengan keperluan digital pada masa kini, Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan komputer riba kompak dan tahan lasak iaitu Acer TravelMate P4.

Sesuai buat golongan profesional, ia ditawarkan dengan jangka hayat bateri sehingga 15.5 jam serta mudah dibawa kemana sahaja dengan berat hanya 1.41 kg.



Terbina didalam pemproses Intel Core i7 Gen-11 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman M.2 PCIe 512GB.

Dari segi paparan, ia dilengkapi panel IPS bersaiz 14 inci FHD yang hadir bersama kamera 720p HD HDR untuk keperluan persidangan video. Turut dimuatkan dengan teknologi Intel WiFi 6 yang akan memberikan pengalaman tanpa wayar lebih pantas dan lancar.



Seperti yang dinyatakan di atas, komputer riba tahan lasak ini mematuhi standard MIL-STD-810G. Malah, ia juga menampilkan tahap perlindungan cakera keras Trusted Platform Module (TPM) 2.0 demi melindungi data ke tahap maksimum.

Harga jualan Acer TravelMate P4 ini adalah RM4099 bagi cip Intel Core i5 dan RM4999 bagi cip Intel Core i7. Tambahan lagi, pelanggan yang membelinya bermula hari ini sehingga 31 Mac layak untuk menebus kredit Touch 'n Go eWallet atau Boost eWallet sebanyak RM80.