Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Press Release_TravelMate P4

Acer Malaysia Perkenal TravelMate P4 Dengan Harga Bermula RM4099

Diterbitkan Januari 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Selari dengan keperluan digital pada masa kini, Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan komputer riba kompak dan tahan lasak iaitu Acer TravelMate P4.

Sesuai buat golongan profesional, ia ditawarkan dengan jangka hayat bateri sehingga 15.5 jam serta mudah dibawa kemana sahaja dengan berat hanya 1.41 kg.

Acer TravelMate P4

Terbina didalam pemproses Intel Core i7 Gen-11 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman M.2 PCIe 512GB.

Dari segi paparan, ia dilengkapi panel IPS bersaiz 14 inci FHD yang hadir bersama kamera 720p HD HDR untuk keperluan persidangan video. Turut dimuatkan dengan teknologi Intel WiFi 6 yang akan memberikan pengalaman tanpa wayar lebih pantas dan lancar.

Acer Malaysia Perkenal TravelMate P4 Dengan Harga Bermula RM4099

Seperti yang dinyatakan di atas, komputer riba tahan lasak ini mematuhi standard MIL-STD-810G. Malah, ia juga menampilkan tahap perlindungan cakera keras Trusted Platform Module (TPM) 2.0 demi melindungi data ke tahap maksimum.

Harga jualan Acer TravelMate P4 ini adalah RM4099 bagi cip Intel Core i5 dan RM4999 bagi cip Intel Core i7. Tambahan lagi, pelanggan yang membelinya bermula hari ini sehingga 31 Mac layak untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet atau Boost eWallet sebanyak RM80.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY