Acer Hadir Dengan Dua Monitor Baharu Untuk Kegunaan Hiburan Dan Kerja

Selain komputer riba dan desktop, Acer turut memperkenalkan barisan monitor baharu mereka dengan sambungan USB-C iaitu Predator XB23U GX dan CB32CK C.

Kedua-dua monitor ini tampil dengan ciri-ciri 99% Adobe RGB dan gamut warna sRGB 99% bagi memberikan pengalaman terbaik buat anda sama ada untuk gaming, menonton filem mahupun melakukan kerja harian.

Acer Predator XB23U GX adalah sebuah monitor dengan sambungan USB-C, menyokong kuasa sehingga 65W untuk mengecas komputer riba dan mempunyai pengesahan NVIDIA G-Sync.



Skrinnya bersaiz 27 inci dengan resolusi WQHD dengan paparan Agile-Splendor IPS dan sokong kadar penyegaran sehingga 270Hz serta kadar tindak balas 0.5ms.

Selain itu, ia turut menerima pengesahan VESA HDR400 dimana kecerahan mencapai 400nits. Gamut warnanya juga adalah 99% Adobe RGB dengan Delta E<2.



Rekaan monitor ini adalah ergonomic dimana pengguna boleh melaras ketinggian atau memusingkannya mengikut kehendak dan keselesaan anda. Monitor ini diletakkan dengan tanda harga RM3299.

Sekiranya anda mencari monitor yang hadir dengan spesifikasi lebih kurang tetapi dengan harga berpatutan, Acer CB342CK C mungkin menarik minat anda.

Rekaannya tampil dengan tiada bingkai serta skrin bersaiz 34 inci ultra lebar beresolusi 3440x1440 QHD panel IPS dan menyokong kadar segar semula 75Hz.

Kapsyen: Acer CB342CK C


Monitor ini mampu memaparkan warna yang cantik kerana gamut warnanya adalah 99% sRGB dan anda boleh memilih 6 tetapan warna mengikut kesesuaian penggunaan.

Ia masih mengekalkan ErgoStand untuk anda melaras monitor ini dengan mudah. Di samping itu, sama seperti siri predator, monitor ini boleh mengecas komputer riba atau telefon kerana hadir dengan penghantaran kuasa 65W.

Tambahan lagi, ia dilengkapi ciri-ciri Bluelight Shield, Acer Flicker-less, Acer ComfyView dan teknologi malap rendah bagi keselesaan mata anda ketika menggunakan monitor ini dalam jangka masa yang lama.

Harga jualan Acer CB342CK C adalah RM1799 dan ia akan tersedia pada penghujung Disember 2020 melalui kedai rasmi dan pengedar Acer yang sah.