ConceptD 7 Ezel mempunyai saiz 15.6 inci dengan paparan skrin 4k, yang boleh berputar dengan lima konfigurasi yang berbeza, termasuk mod terapung yang melihatkan paparan skrin tergantung di atas papan kekunci komputer riba.
Alternatif lain, anda boleh melipat skrin sentuh ke bawah dan lakarkannya menggunakan pen Wacom EMR. Rekaan ini mempunyai ciri yang lebih sesuai untuk tugasan kreatif kerana ia membolehkan anda menggunakan komputer riba seperti tablet lukisan.
ConceptD 7 Ezel mempunyai warna yang lebih tepat iaitu skrin meliputi gamut warna Adobe RGB 100%, dan ketepatan warna Delta E<2. Ia mempunyai kecerahan puncak sehingga 400 nit dan mempunyai lapisan anti-silau.
Selain itu, komputer riba ini mempunyai spesifikasi yang boleh dijumpai dalam komputer riba yang berfokus kepada permainan. Ia didatangkan dengan siri Intel 10th Gen H Processor, RAM 32GB, dan 2TB storan. Bagi versi Pro, ia mempunyai Intel Xeon Processor.
Kedua-dua komputer riba ini mempunyai GPU Nvidia (terdapat pilihan GPU Quadro RTX bagi versi Pro), dan merupakan program Nvidia RTX Studio iaitu termasuk driver yang direka untuk meningkatkan prestasi perisian kreatif. Komputer riba ini mempunyai dua port Thunderbolt 3, slot kad SD, DisplayPort 1.4 dan HDMI 2.0.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=FibMtUSj6Sg[/embed]
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Lagi Isu iOS 17, Pengguna iPhone Lapor Butang 'Volume' Gagal Berfungsi
- Kemas Kini iOS 15.7.1 Dilepaskan Dengan Sejumlah Tampalan Keselamatan Yang Penting
- Yes 5G Secara Rasmi Sokong iPhone XS Dan Terbaharu Dengan iOS 17.1
- AWS Sasar Labur Lebih RM25 Bilion Di Malaysia Menjelang 2037
- Promosi 11.11: Xiaomi Tawar Pelbagai Produk Dengan Diskaun Sehingga 47%
- realme X7 Pro 5G Kini Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM1999
- Ini Adalah Sejumlah 117 Emoji Baharu Yang Dimuatkan Pada Kemaskini Android 11
- Qualcomm Umum Cip Snapdragon 732G, Bakal Diperkenal Pada POCO Yang Akan Datang
- Siri Galaxy S24 Terima Sokongan Kemas Kini Android Sehingga 7 Tahun
- 419 Menara Baharu Akan Dibina, 1,972 Pemancar Sedia Ada Dinaik Taraf Kepada 4G Di Sabah