Acer Chromebook Spin 513 - Chromebook Pertama Dengan Cip Snapdragon

Seiring dengan pelancaran Acer Swift 3X semasa acara Acer Global Press Conference, Acer juga perkenalkan Chromebook Spin 513.



Ini merupakan Chromebook pertama yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 7c.

Snapdragon 7c adalah pemproses mudah alih peringkat permulaan yang dibina berdasarkan proses 8nm. Ia juga adalah pemproses berkuasa rendah daripada peranti Windows lain.

Walaupun pemproses ini adalah yang paling lemah pada komputer riba tetapi Qualcomm mendakwa ia mampu memberikan jangka hayat bateri yang lebih baik.



Acer menyatakan ia boleh bertahan sehingga 14 jam penggunaan. Chromebook ini turut hadir dengan sambungan rangkaian 4G LTE.

Spesifikasi dalaman bagi Spin 513 dimuatkan dengan RAM 8GB dan storan dalaman sebesar 128GB.

Reka bentuknya agak mudah alih untuk dua-dalam-satu dengan casis yang beratnya hanya 1.19kg dan setebal 0.61 inci.

Ia dilengkapi dengan port USB-C 3.2 Gen 1 dan USB-A 3.2 serta mempunyai engsel 360 darjah.



Chromebook Spin 513 ini turut hadir dengan varian Enterprise dimana ia menawarkan ciri keselamatan tambahan dan ciri pengurusan untuk pengguna perniagaan.

https://youtu.be/ZMpq10oO45g

Ia dijangka akan tiba buat pasaran pada awal tahun 2021 dan varian asas dijual pada harga bermula $399 (~RM 1655). Sementara varian Enterprise akan tiba pada Mac 2021 dengan harga jualan bermula $699 (~RM 2899).