Acara Pelancaran Produk Baharu Sony Xperia Akan Diadakan Pada 14 April

Sony hari ini mengumumkan acara pelancaran produk baharu Xperia dijadualkan akan berlangsung pada 14 April 2021.

Buat masa ini, tiada perincian lanjut mengenai produk yang akan dilancarkan kelak. Namun, terdapat spekulasi mengatakan Sony mungkin akan memperkenalkan Xperia 1 III, Xperia 5 III dan Xperia 10 III pada acara tersebut.

Tampil dengan spesifikasi kelas andalan, Xperia 1 III dan Xperia 5 III dijangka akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888 dengan RAM sehingga 8GB.

Xperia April 2021

Sama ada benar atau tidak, nantikan acara pelancaran produk baharu Xperia yang akan berlangsung pada 14 April 2021, jam 3.30 petang (waktu Malaysia).

Sumber: Sony