Acara Pelancaran OnePlus Nord Akan Diadakan Melalui Aplikasi AR Ini

OnePlus telah mengesahkan acara pelancaran OnePlus Nord akan berlangsung pada 21 Julai ini. Seperti diketahui sebelum ini, pelancaran tersebut akan berlangsung dengan menggunakan teknologi Augmented Reality yang pertama kali diadakan bagi pelancaran sebuah telefon pintar.



Berikutan itu, OnePlus telah membangunkan aplikasi OnePlus Nord AR yang boleh digunakan untuk peranti Android dan iOS. Menerusi aplikasi tersebut, pengguna akan diberi pilihan untuk menyesuaikan avatar mengikut pilihan masing-masing. Setelah selesai, aplikasi itu akan dihalakan ke bahagian utama di mana pengguna perlu mengimbas ruang sekeliling dan kandungan akan dipaparkan.

pelancaran oneplus nord

Untuk memberikan pengalaman yang lebih baik, OnePlus turut mengingatkan pengguna untuk memastikan peranti telah dicas sepenuhnya, menggunakan fon telinga dan Wi-Fi.



Selain tarikh, OnePlus turut mendedahkan waktu pelancaran OnePlus Nord yang akan berlangsung pada 21 Julai 2020, 10 malam. Terdahulu, OnePlus Malaysia turut mengumumkan peranti tersebut akan turut hadir untuk pasaran tempatan.

Bagi anda yang ingin menonton acara pelancaran OnePlus Nord melalui aplikasi OnePlus Nord AR, muat turun boleh dilakukan di Google Play atau App Store.

Sumber: GizmoChina