Acara Khas Apple Dijangka Akan Berlangsung Minggu Depan

Pada bulan lalu, Jon Prosser telah meramalkan acara khas Apple seterusnya akan berlangsung pada bulan April, dan bukannya seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Terbaru, Siri kini mendedahkan Apple merancang untuk mengadakan acara khas pada 20 April 2021. Apabila ditanya "When is the next Apple Event", Siri memberikan respon mengenai perincian seperti tarikh dan tempat bagi acara pelancaran tersebut.

Apple event 2021

Cubaan penulis untuk bertanyakan soalan berkenaan kepada Siri tidak memberikan jawapan yang sama. Bagaimanapun, tinjauan kami di Twitter mendapati rata-rata pengguna menerima jawapan yang sama daripada Siri.

Dengan itu, ianya adalah hampir pasti acara tersebut akan berlangsung pada minggu hadapan.

Seperti yang dilaporkan Bloomberg sebelum ini, berkemungkinan iPad Pro dengan teknologi paparan mini-LED akan dilancarkan pada acara tersebut. Selain itu, Apple juga dijangka akan memperkenalkan Airtags dan sebagainya.

Untuk lebih lanjut mengenai acara ini, nantikan pengumuman rasmi daripada Apple.

Sumber: Macrumors