Acara Khas Apple Akan Berlangsung 15 September Ini

Menerusi halaman Apple Event, Apple kini mengumumkan satu acara khas akan berlangsung pada 15 September 2020, 10AM PDT bertempat di Apple Park, California.

Apple Event 2020

Dalam acara khas itu, Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 12, Apple Watch baharu dan tarikh kemaskini bagi iOS 14. Berbanding tahun sebelumnya, acara ini berlangsung sedikit lewat pada tahun ini.

https://twitter.com/markgurman/status/1303359566042726400

Bagaimanapun, ciapan Mark Gurman di Twitter menyatakan Apple mungkin tidak akan mengumumkan iPhone 12 sehingga Oktober. Kemungkinan hanya iPad dan Apple Watch yang akan diperkenalkan pada acara itu.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Apple pada 16 September, 1 pagi mengikut waktu Malaysia. Bagi anda yang ingin menonton acara khas ini, penstriman boleh dilakukan melalui Apple Event.