A.S Menangguhkan Sekatan Ke Atas Aplikasi TikTok

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dilaporkan tidak akan segera mengenakan sekatan ke atas aplikasi TikTok sepertimana yang diarahkan oleh pentadbiran Donald Trump sebelum ini.

Ia selepas syarikat pembangun aplikasi itu, ByteDance telah memfailkan di Mahkamah Persekutuan bagi memberikan lagi sedikit masa proses perubahan pemilikan operasi aplikasi tersebut di A.S kepada Oracle.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Oracle telah berjaya memenangi bidaan untuk memiliki aplikasi popular itu selepas ByteDance menolak tawaran dari Microsoft.

Selesai sahaja proses perubahan pemilikan ke atas aplikasi itu, data pengguna di negara tersebut secara automatik akan dimiliki kerajaan Amerika.

Dalam laporan oleh laman analisis WhistleOut yang diterbitkan dalam bulan September lalu, sebanyak 53% penduduk Amerika percaya bahawa TikTok mengintip penggunanya.

TikTok berada di tangga kedua selepas Facebook di mana 68% rakyat di Amerika percaya bahawa syarikat tersebut mengintip penggunanya.

Kapsyen: Kredit: WhistleOut


Sumber: PCMag

Berkaitan