Pengguna Lapor Isu Kecacatan Panel Belakang iPhone 15 Pro

Apple mempromosikan kepada pengguna untuk tidak perlu bimbang jika iPhone terjatuh atau alami insiden kecil kerana yakin dengan keutuhan dan kualiti produk mereka.

Tapi mungkin Apple kini perlu bimbang.

Ia selepas terdapat sebahagian pengguna model iPhone 15 Pro melaporkan iPhone mereka itu mengalami isu kecacatan pada panel kaca bahagian belakang iPhone tersebut.

Menerusi platform media sosial Reddit, beberapa pengguna berkongsikan foto yang memaparkan bahagian tepi belakang model iPhone itu terkelupas betul-betul di bawah sudut kanan panel belakang.



Seorang pengguna Reddit bernama mr_rakue yang mengadukan isu itu menulis, "Saya perhatikan bahagian tepi iPhone saya mempunyai sejenis pelekat yang mengelupas di sepanjang tepi belakang. Adakah anda pernah mengalami perkara ini? Saya telah menggunakan Rhinoshield Mod NX tetapi saya tidak nampak bagaimana ini boleh memberi kesan di bahagian belakang. Saya sebenarnya terkejut kerana pelekat seperti ini wujud di bahagian belakang. Rasanya seluruh bahagian belakang adalah pelekat yang akan terkelupas."

Seorang lagi Redditor, "JDT33658," menyedari masalah yang sama dengan iPhone 15 Pro-nya selepas dua hari. Dia membawa peranti itu ke Apple Store berdekatan dan diberitahu bahawa pelekat yang digunakan untuk menahan kaca belakang tidak digunakan dengan betul.

Pihak stor Apple itu dilaporkan berkata bahawa telefon itu mula mengelupas kerana bahan itu terkeluar dari tepi peranti.

Satu lagi aduan sama datang daripada pengguna Reddit bernama "TheManchot" Dia menulis, "Jika iPhone milik anda alami seperti iPhone saya, jangan tariknya. Ia adalah pelekat untuk kaca belakang (antara bingkai titanium dan kaca) dan berkemungkinan memberi kesan kepada IP68."

Ini bermakna, elakkan daripada mendedahkan iPhone anda itu kepada air kerana ia mungkin ada kaitan dengan habuk IP68 dan rintangan air.

Isu ini nampaknya kelihatan seperti kecacatan diperingkat pengilangan tetapi terpulang kepada Apple untuk menentukannya.

Jika anda mengalami isu yang sama seperti ini pada iPhone anda, anda boleh pergi ke stor penjual sah Apple berdekatan atau pusat servis sah Apple dengan segera sementara masih dalam tempoh jaminan bagi melaporkan isu tersebut.

{suggest}

Sumber: Phone Arena