Facebook Dan Instagram Beri Impak Besar Terhadap Perniagaan Ansal Ternak

Ansal Frozen & Trading merupakan perusahaan makanan sejuk beku berasaskan daging serta sos perap. AFT mengeluarkan makanan sejuk beku berasaskan daging kambing, daging dan ayam serta sos perap di bawah jenama Ansal Ternak.

Dengan mempromosikan dan memperkenalkan perniagaan di media sosial seperti Instagram dan Facebook, ia memberi impak besar pada perniagaan ini dari segi keuntungan. Melalui agensi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), pengurus AFT tersebut dapat megikuti Program e-Dagang Setempat (PeDAS). Program tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Produk keluarannya juga semakin dikenali dan mendapat permintaan tinggi.

facebook ads

Wajarnya pada ketika ini, banyak platform-platform yang pengusaha atau peniaga boleh gunakan bagi memperkenalkan produk mereka. Pada platform Facebook, kini tersedia perkhidmatan untuk mengiklankan produk perniagaan.

PeDAS merupakan insiatif dilaksanakan di seluruh negara melalui 10 Pusat Internet Desa (PID). Ia bertujuan untuk menggalakkan transformasi digital dalam kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana di luar bandar, sejajar dengan perkembangan pesat e-dagang.

Berlandaskan slogan 'Satu Klik, Sejuta Peluang', PeDAS kini ditawarkan di Pusat Internet Desa. Ia berperanan sebagai pusat sehenti untuk memberi peluang dan ruang kepada pengusaha IKS bagi menguasai kemahiran dalam perniagaan menerusi e-dagang.

Sumber : Bernama