Saintis Mendapati Lapisan Ozon Bumi Semakin Pulih Dan Berpotensi Pulih Sepenuhnya

Kesan positif daripada perjanjian “Montreal Protocol”.


Dalam kajian yang dijalankan oleh saintis, mereka mendapati lapisan ozon bumi dilihat kembali semakin pulih.

Malah saintis menjangkakan lapisan ozon bumi berpotensi pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Ia dipercayai adalah hasil daripada perjanjian yang dikenali sebagai “Montreal Protocol”.

Penemuan tersebut telah diterbitkan oleh saintis menerusi kertas kajian saintifik yang diterbitkan dalam laman Nature.

“The second most important point of the study, which I would say is a very good finding, is further evidence that the ozone hole is shrinking and that is thanks to the Montreal Protocol." Antara Banerjee,  Ketua penulis dan penyelidik dalam kajian yang diterbitkan.

“Montreal Protocol” adalah perjanjian antarabangsa yang dibuat dalam tahun 1987 bagi melindungi lapisan ozon bumi.

Perjanjian tersebut mahu mengurangkan seterusnya menghapuskan penggunaan bahan gas beracun iaitu Chlorofluorocarbons (CFCs), hydrofluorocarbons (HFCs) dan hydrochlorofluorocarbons (HCFCs) dalam industri secara berperingkat di seluruh dunia.

Sebagai contoh, hydrochlorofluorocarbons (HCFCs) adalah gas yang biasa digunakan dalam dalam alat penghawa dingin, peti penyejuk dan span foam.

Kapsyen: Contoh foam.


Jadi, dalam kajian yang dijalankan oleh saintis mereka mendapati pengurangan penggunaan bahan tersebut hasil daripada perjanjian “Montreal Protocol” itu didapati telah memberi kesan yang positif kepada ozon bumi.

“It shows that this international treaty has worked and we can reverse the damage that we’ve already done to our planet. That’s a lesson to us all that can hopefully be applied to our greenhouse gas emissions to tackle climate change.

“If we keep adhering to this protocol then the ozone hole is projected to recover – at different times, in different parts of the atmosphere. In some regions, we think it might happen in the next couple of decades and in others much later in the century.”  Antara Banerjee,  Ketua penulis dan penyelidik dalam kajian yang diterbitkan.

Ozon adalah lapisan penting yang melindungi bumi daripada hentaman meteorit kecil serta berfungsi menyerap radiasi ultra ungu cahaya matahari daripada menyentuh bumi.

Ringkasnya tanpa lapisan ozon, adalah hampir mustahil akan ada hidupan yang mampu bertahan hidup di muka bumi ini.

*Artikel ini tiada kaitan langsung dengan Covid-19 kerana data itu diambil sebelum Covid-19 terjadi lagi.

Sumber: Independent, US Department of state dan UN Environment