Baru-baru ini, syarikat pengeluar akseseori telefon pintar terkenal iaitu Otterbox telah melancarkan pelindung skrin terbarunya yang dinamakan “ Amplify Glass Anti-Microbial screen protector“. Dengan menjalankan kerjasama bersama syarikat pengeluar gelas terkemuka iaitu Corning, pelindung skrin terbaru ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
“ Amplify Glass Anti-Microbial screen protector“ merupakan sebuah pelindung skrin yang bebas dari sebarang bakteria. Ia menggunakkan teknologi “antimicrobial”, di mana ia telah mendapat pengiktirafan dari Environmental Protection Agency (EPA).
Menurut CEO Otterbox iaitu Jim Park:
”Ampifly Glass kini hadir dengan teknologi anti-microbial yang menghalang sebarang kotoran dan bau yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria pada kawasan pelindung skrin berkenaan. Oleh itu, para pengguna tidak perlu lagi risau akan jangkitan ketika meletakkan muka pada skrin peranti ketika membuat sebarang panggilan.”
Amplify Glass juga bukan sahaja mampu membunuh bakteria, tetapi ia juga memberikan lima kali lebih perlindungan pada skrin peranti pengguna berbanding jenama lain. Setakat ini, Amplify Glass hanya direka untuk model Iphone terbaru sahaja dan ia juga sesuai digunakan dengan pelindung peranti keluaran Otterbox.
Sumber : phonearena
Berkaitan
- Disebabkan Apple, Ketahanan Bateri Peranti Android Akan Meningkat Tahun 2020
- Pasaran Telefon Pintar Di China Semakin Menurun Pada Suku Ketiga 2019
- Ranking Dxomark Bukan Penanda Aras Sebenar Kualiti Kamera Telefon Pintar
- Pra-Tempah Oppo A9 2020 Untuk Mendapat Hadiah Ekslusif Bernilai RM 258
- Realme X50 5G Bakal Dilancarkan Januari 2020, Pesaing Utama Redmi K30?
- Selepas 11 Tahun, MKBHD Raih 10 Juta “Followers” Di Youtube
- MKBHD Memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Teknologi Terbaik Dalam Streamys Awards 2019
- Redmi K30 4G Dijangka Hadir Dengan Paparan LCD
- Youtuber Terkenal "Grandpa Kitchen" Meninggal Dunia
- Motorola Yakin Telefon Boleh Lipat Terbarunya Tidak “Rapuh” Seperti Galaxy Fold