Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelindung Skrin Keluaran Otterbox Ini Mampu Melindungi Pengguna Dari Jangkitan Bakteria

Pelindung Skrin Keluaran Otterbox Ini Mampu Melindungi Pengguna Dari Jangkitan Bakteria

Diterbitkan Januari 8, 2020 · Dikemas kini Januari 8, 2020 oleh irfan suhaimee

Pelindung skrin merupakan salah satu akseseori terpenting yang perlu digunakan pada sesebuah telefon pintar. Ini kerana, dengan penggunaan pelindung skrin yang berkualiti, ia mengurangkan risiko kerosakan pada skrin asal peranti jika terjatuh.

Pelindung Skrin Keluaran Otterbox Ini Mampu Melindungi Pengguna Dari Jangkitan Bakteria

Baru-baru ini, syarikat pengeluar akseseori telefon pintar terkenal iaitu Otterbox telah melancarkan pelindung skrin terbarunya yang dinamakan “ Amplify Glass Anti-Microbial screen protector“. Dengan menjalankan kerjasama bersama syarikat pengeluar gelas terkemuka iaitu Corning, pelindung skrin terbaru ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

“ Amplify Glass Anti-Microbial screen protector“ merupakan sebuah pelindung skrin yang bebas dari sebarang bakteria. Ia menggunakkan teknologi “antimicrobial”, di mana ia telah mendapat pengiktirafan dari Environmental Protection Agency (EPA).

Menurut CEO Otterbox iaitu Jim Park:

”Ampifly Glass kini hadir dengan teknologi anti-microbial yang menghalang sebarang kotoran dan bau yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria pada kawasan pelindung skrin berkenaan. Oleh itu, para pengguna tidak perlu lagi risau akan jangkitan ketika meletakkan muka pada skrin peranti ketika membuat sebarang panggilan.”

3d rendering of black smartphone with fingerprints and dirt on natural stone table
3d rendering of black smartphone with fingerprints and dirt on natural stone table

Amplify Glass juga bukan sahaja mampu membunuh bakteria, tetapi ia juga memberikan lima kali lebih perlindungan pada skrin peranti pengguna berbanding jenama lain. Setakat ini, Amplify Glass hanya direka untuk model Iphone terbaru sahaja dan ia juga sesuai digunakan dengan pelindung peranti keluaran Otterbox.

Sumber : phonearena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY