Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Terowong Lebuh Raya Terpanjang Di Dunia Kini Dibuka Di Xinjiang

Posted on Disember 29, 2025Disember 29, 2025

Terowong Tianshan Shengli sepanjang 22.13 kilometer, yang merupakan terowong lebuh raya terpanjang di dunia, dibuka secara rasmi kepada lalu lintas di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang pada Jumaat.

Terowong ini merentasi Banjaran Tianshan di bahagian tengah Xinjiang, iaitu banjaran sepanjang kira-kira 2,500 kilometer yang memisahkan wilayah berkenaan kepada kawasan utara dan selatan.

Chinese drivers share views inside the world’s longest tunnel.

It’s like driving through a time tunnel, reaching the other side of a whole mountain range in 20 minutes, something they had never imagined before. https://t.co/xtemHqjlSw pic.twitter.com/YsEuNf1lUm

— Li Zexin 李泽欣 (@XH_Lee23) December 27, 2025

Sebelum pembinaannya, perjalanan merentasi banjaran tersebut perlu melalui laluan berliku dengan ketinggian melebihi 4,000 meter, selain kerap terjejas akibat penutupan musim sejuk atau lencongan yang jauh.

Dengan pembukaan terowong ini, ia membolehkan perjalanan yang sebelumnya mengambil masa beberapa jam dapat dipendekkan kepada sekitar 20 minit.

The 22.13-km Tianshan Shengli Tunnel, the world's longest expressway tunnel, will be open to traffic by the end of this year along the Urumqi-Yuli Expressway in northwest China. It will shorten the travel time from Urumqi, north of the Tianshan Mountains, to Korla, south of the… pic.twitter.com/xj5aZCUYuq

— People's Daily, China (@PDChina) December 19, 2025

Terowong Tianshan Shengli merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Urumqi-Yuli sepanjang 324.7 kilometer di barat laut China. Lebuh raya ini menghubungkan Urumqi dengan Daerah Yuli di Wilayah Autonomi Mongol Bayingolin, sekali gus memendekkan perjalanan dari Urumqi ke Korla daripada tujuh jam kepada kira-kira tiga setengah jam .

Ketika ini, kenderaan awam dibenarkan menggunakan laluan tersebut, kecuali trak sederhana dan berat. Lebuh raya berkenaan dijadualkan memulakan operasi percubaan secara rasmi pada 1 Januari.

Sebagai rujukan, pembinaan projek ini bermula pada April 2020 dengan jumlah pelaburan sebanyak 46.7 bilion yuan (sekitar RM26.9 bilion).

Memetik laporan China Daily, jurutera dari China Communications Construction Co (CCCC) Miao Baodong berkata pembinaan terowong berkenaan merupakan komponen paling kritikal dalam keseluruhan projek. Terowong tersebut dibina pada ketinggian hampir 3,000 meter, dengan suhu boleh mencecah serendah -42°C, selain terletak di kawasan yang mempunyai aktiviti seismik aktif serta zon sesar yang kompleks.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress