901F: TV OLED Pertama Dari Philips







Philip nampaknya mahu memberi saingan
terhadap LG dari mendominasi pasaran kelas atas dengan mengeluarkan 901F, TV
OLED berprestasi tinggi. 901F dilengkapi dengan sistem lampu belakang yang
berwarna-warni dikenali sebagai Ambilight.





Pada acara IFA yang berlangsung di Berlin, Philips telah memperkenalkan TV pertama keluaran mereka yang menggunakan teknologi OLED yang menjanjikan kualiti imej setanding dengan keluaran LG.