Gaya hidup

9 Tips Untuk Panjangkan Jangka Hayat Bateri iPhone Menurut Apple

Bateri selalunya akan menjadi masalah kepada pengguna-pengguna telefon pintar kini. Pelbagai cara alternatif diperkenal bagi menyelesaikan masalah itu; seperti powerbank, cover dengan bateri tambahan dan lain-lain; namun ia tidak mencukupi.

Memandangkan ini merupakan satu masalah yang general, Apple juga turut memuatkan cara bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat iPhone. Ikuti 9 dari mereka dibawah:

1 – Kemaskini ke perisian terkini

Menurut Apple, kemaskini perisian selalunya akan disertakan sekali dengan pengoptimuman bateri. Jadi, pengguna Apple menasihatkan agar sentiasa mengemaskini perisian iOS mereka.

2 – Elak dari mendedahkan iPhone kepada suhu persekitaran melampau

Apple berkata, jangan dedahkan peranti anda kepada suhu atas 35° C, yang mana boleh menyebabkan kerosakan kepada kapasiti bateri secara kekal. Malah, mengecas bateri dalam persekitaran suhu yang tinggi juga boleh menyebabkan bateri rosak.

iPhone dicipta untuk beroperasi dengan baik dalam suhu 0° C ke 35° C.

 

 

3 – Buang cover jika panas ketika mengecas

Mengecas ketika iPhone berada di dalam beberapa jenis cover boleh menyebabkan peranti itu menjadi panas, yang boleh memberi kesan kepada kapasiti bateri. Jika iPhone anda menjadi panas ketika mengecas, buang terlebih dahulu covernya.

4 – Pastikan cas bateri hanya pada level 50% jika mahu menyimpan iPhone anda dalam jangka masa yang lama

Katakan anda mahu ke luar negara dan mahu meninggalkan iPhone anda di rumah, pastikan anda cas bateri pada sekitar 50% sahaja sebelum menutup iPhone. Ini kerana, jika iPhone disimpan dalam jangka masa lama pada cas yang penuh, bateri mungkin akan kehilangan sedikit kapasiti seterusnya akan menyebabkan jangka hayat bateri yang semakin pendek.

5 – Kurangkan kecerahan skrin atau set kepada Auto

6 – Wifi guna kurang bateri berbanding sambungan data selular.

Jika ada Wifi, guna wifi terlebih dahulu kepada sambungan data selular memakan banyak bateri berbanding Wifi.

7 – Dayakan mod Low Power

Mod Low Power diperkenalkan bersama iOS 9 dan ia dicipta bagi membolehkan jangka hayat iPhone dipanjangkan dengan lebih mudah lagi. Mod Low Power akan mengoptimumkan penggunaan kuasa iPhone.

Mod ini boleh didayakan menerusi Settings > Battery.

8 – Tutup aktiviti latar belakang yang tidak perlu

Pergi ke Settings > General > Background App Refresh dan pilih aktiviti yang anda rasa tidak memerlukan pemprosesan di latar belakang.

Dalam masa yang sama, limitkan aplikasi yang boleh mengakses lokasi dan lokasi latar belakang. Akses kepada lokasi boleh dikawal melalui Settings > Privacy > Location Services.

9 – Dayakan Mod Airplane jika berada dalam kawasan berliputan teruk.

Jika iPhone berada di kawasan yang berliputan selular yang teruk, dayakan Mod Airplane bagi menutup signal.

Penggunaan iPhone dalam kawasan berliputan teruk boleh memberi kesan kepada jangka hayat bateri. (Kejap ada signal, kejap tak ada signal).

Sumber: Apple

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

To Top