Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spektrum 5G SPV

9 Teori Konspirasi Rangkaian 5G Yang Dipercayai Benar Oleh Sebahagian Orang

Diterbitkan Jun 6, 2021 · Dikemas kini Jun 6, 2021 oleh ariff bukhari

Semenjak pengenalan dan kepesatan pembangunan teknologi rangkaian 5G, pelbagai teori, dakwaan dan pelbagai cerita dongeng diheboh-hebohkan oleh para ahli teori konspirasi.

Khabar-khabar angin itu cukup menarik sehingga berjaya mempengaruhi sebahagian masyarakat di seluruh dunia.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari InMyArea (IMA), 24% atau lebih 1 daripada 5 pengguna di A.S (Amerika Syarikat) percaya bahawa sekurang-kurang satu daripada teori-teori konspirasi berkaitan 5G adalah benar.

Teori yang mendakwa rangkaian 5G sebagai penyebab utama kanser adalah teori yang paling popular dikalangan masyarakat A.S.

Mengaitkan rangkaian 5G sebagai penyebar virus COVID-19 juga adalah antara yang popular dan dipercayai masyarakat di sana.

Tetapi yang paling ramai pengguna di A.S  percaya dengan teori berkaitan 5G ini adalah rangkaian 5G didakwa penyebab kepada kerosakan pokok dan hidupan tumbuhan.

Tetapi yang peliknya, hasil kajian oleh IMA mendapati 35.9% pengguna telefon pintar di A.S yang percaya tentang teori-teori konspirasi 5G ini tetap menggunakan rangkaian 5G yang sedia ada.

Berikut adalah 9 teori konspirasi rangkaian 5G yang popular dikalangan masyarakat menurut IMA:-

9 Teori Konspirasi Rangkaian 5G Yang Dipercayai Benar Oleh Sebahagian Orang

Data yang dikutip IMA ini adalah hasil kaji selidik ke atas 991 responden yang biasa dengan teknologi 5G.

Daripada jumlah itu, 42% responden adalah dari wanita dan 57.1% lagi adalah dari golongan lelaki.

Jadi, bagaimana pula dengan anda? Adakah anda percaya dengan teori-teori konspirasi berkaitan 5G ini sepertima masyarakat di A.S?

Sumber: InMyArea

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY