9 Tanda Peranti Pintar Anda Telah Dijangkiti Virus

Komputer dan virus boleh diibaratkan seperti hitam dan putih, ataupun "ying dan yang", walaupun secanggih mana teknologi telah berkembang, kemampuan virus untuk menceroboh peranti berkomputer tidak akan dapat disekat.

Walaupun kecenderungan peranti pintar dijangkiti virus adalah rendah berbanding PC, namun langkah berjaga - jaga perlulah diambil. Berikut adalah 9 tanda sekiranya peranti pintar anda telah dijangkiti oleh virus.

1. Kuasa bateri akan haus dengan lebih pantas

Virus juga adalah suatu program, yang kebiasaannya akan berjalan pada latar belakang sistem peranti, maka dengan itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi penggunaan bateri peranti. Maka berwaspadalah sekiranya peranti anda tiba - tiba berlaku kehausan bateri lebih pantas daripada biasa.

2. Gangguan ketika panggilan telefon

Ada sesetengah virus yang boleh menyebabkan panggilan telefon anda terganggu, sama ada "noise" yang keterlalun ataupun panggilan sangat mudah terputus.

3. Panggilan telefon rahsia

Ada juga kes yang terjadi dimana panggilan keluar berlaku tanpa pengetahuan pemilik.

4. Keluarnya "pop-up" iklan

Sekiranya peranti anda selalu keluar iklan tanpa kebenaran pada skrin ataupun ketika menggunakan browser seperti Google dan lain - lain, ada kemungkinan peranti anda sudah dijangkiti Malware ataupun virus yang mana memaksa anda untuk melihat iklan - iklan bagi tujuan memperolehi keuntungan oleh pihak ketiga.

5. Wujudnya aplikasi asing

Antara tanda lain ialah munculnya aplikasi yang tidak dikenali pada peranti, kebiasaannya akan terpasang tanpa pengetahuan pengguna. Oleh itu elakkan memasang aplikasi daripada sumber yang tidak selamat.

6. Peranti cepat panas

Sama seperti ke bateri diatas, apabila ada perisian yang berjalan pada latar belakang, kebiasaannya akan menyebabkan peranti dengan spesifikasi rendah akan cepat panas.

7. Data internet cepat habis

Ini sangat menjengkelkan, Ini sering terjadi kepada peranti yang terjangkiti oleh virus jenis "pop - up". kerana akses ke internet akan berjalan pada latar belakang peranti secara terus, tanpa pengetahuan pengguna.

8. Ada caj misteri pada bil telefon

Ada kemungkinan akan berlaku langganan aplikasi atau perkhidmatan tanpa kebenaran terjadi kepada servis yang anda gunakan. Sering terjadi kepada pengguna perkhidmatan pasca bayar.

9. Sering berlaku aplikasi "Crash"

Kehadiran virus semenagnya akan mengganggu sistem yang sedia ada pada peranti, maka ada kemungkinan bebrapa aplikasi akan terkesan seperti selalu "crash" dan sebagainya.

 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

 

Berkaitan