9 Ciri Menarik Yang Ditawarkan Pada Android 10

Sistem operasi Android 10 sudahpun mula dilepaskan sejak awal pagi semalam dimana sudah  ia dinikmati lebih awal oleh barisan peranti Pixel, Essential Phone serta Redmi K20 Pro.

Meninggalkan tradisi menamakan sistem operasi mereka dengan nama pencuci mulut, nama Android 10 diberi dengan alasan ia lebih sesuai untuk pengguna diseluruh dunia yang hampir mencecah angka 3 bilion.

Beberapa perubahan serta penambahbaikan ditampilkan Google melalui Android 10 dan mari kita lihat apa ciri yang menarik yang ditawarkan.

Navigasi gerakan yang baru

Dahulu pada Android Pie, sistem menyediakan butang yang lebih dikenali sebagai "pill' pada bahagian bawah dan sebelahnya diletakkan butang Back. Namun versi Android terbaru ini tampil lebih bersih dengan fungsi Back  dialih kebahagian sisi paparan.

https://www.youtube.com/watch?v=Ljtz7T8R_Hk

Pertukaran antara aplikasi dibuat dengan licin dan lancar berbanding versi sebelumnya. Anda hanya perlu leret ke kanan pada sisi bawah, aplikasi akan dipaparkan secara penuh dan untuk bertukar boleh leret ke kiri atau kanan.

Untuk buka recent apps, leret sedikit dari bawah dan ia paparan akan terbahagi kepada dua iaitu recent apps serta barisan aplikasi yang kerap anda gunakan.

Mod gelap



Ciri yang dinantikan ramai, ciri mod gelap yang lebih menyeluruh pada sistem. Menerusinya, peranti dilengkapi dengan paparan OLED boleh mendapatkan penjimatan pada bateri. Sekiranya anda mengaktifkan ciri Battery Saver didalam Settings, mod gelap akan ditetapkan secara default.

Bubbles



Ciri ini mirip seperti notifikasi Facebook Messenger yang muncul disekitar paparan. Seperti contoh ketika menerima panggilan, anda keluar paparan pemanggil, Bubbles akan timbul dan apabila ia dileret kebahagian lain,  butang Hide atau End Call kelihatan pada sisi bawah. Sekiranya Bubbles diseret ke, lebih banyak pilihan menu akan diberikan.

Pintasan perkongsian

Anda yang kerap berkongsi pasti perasan ciri share mungkin agak perlahan untuk memaparkan menu. Menerusi Android 10, Google menyediakan ciri ini supaya dapat memuatkan menu perkongsian dengan lebih pantas.



Live Caption

Ciri ini dibangunkan khusus untuk pengguna dari golongan kurang upaya pendengaran. Setiap video, podcast dan mesej audio yang dimainkan dalam peranti akan diiringi sarikata bagi memudahkan golongan ini memahami apa yang ditonton. Menariknya juga, ia tidak memerlukan sambungan kepada internet dan ia bakal menemui pengguna tidak lama lagi.



Beri amaran jika terdapat bendasing pada port USB

Dilapor oleh XDA Developers, Android 10 dikatakan akan memberi amaran sekiranya port USB dicemari dengan cecair atau serpihan. Amaran menyatakan port USB akan dinyahfungsi dan tidak boleh mengesan sebarang aksesori yang disambung. Sistem akan memberitahu pengguna sekiranya port USB sudah kembali normal.



Satu lagi ciri melibatkan USB ialah Android 10 akan menasihatkan pengguna supaya menanggalkan kabel dari port apabila ia dikesan terlalu panas. Amaran akan dipaparkan sekiranya suhu melebihi paras yang ditetapkan iaitu 60'C dan takat kecemasan 65'C. Dialog peringatan itu akan terus dipaparkan selagimana pengguna tidak menekan butang OK atau butang untuk menunjukkan cara bagi mengurangkan suhu tersebut.

Kawalan notifikasi lebih baik



Apabila notifikasi masuk, anda boleh tekan lama dan dua pilihan Alert atau Silent diberikan. Jika memilih Alert, setiap notifikasi akan berbunyi atau bergetar sementara Silent pula, semua notifikasi itu akan senyap. Ini mungkin perubahan kecil tetapi pengguna tidak perlu lagi menyusuri tetapan notifikasi satu persatu.

Kembalikan semula aplikasi yang dibuang



Anda munngkin secara tidak sengaja membuang aplikasi daripada skrin utama dan ciri boleh mengembalikannya semula. Selepas beberapa saat aplikasi dibuang, terdapat butang Undo terpampang dibawah skrin dan apabila ditekan, aplikasi tersebut akan kembali berada ditempat yang sepatutnya.

Kebenaran menjejak lokasi



Antara perubahan dari segi privasi yang diberikan pada Android 10 adalah anda boleh melarangnya dari menjejak lokasi pada latarbelakang. Terdapat tiga pilihan iaitu Allow all the time, Allow only while the app is in use dan Deny.