8chan Disingkir Serta Merta Dari Menjadi Pelanggan Cloudflare

Berikutan platfom forum mesej itu digunakan bagi melakukan insiden tembakan rambang yang berlaku di Texas, A.S baru-baru ini.


Firma keselamatan siber Amerika Syarikat, Cloudflare mengumumkan keputusan menyingkirkan perkhidmatan mesej dalam talian, 8chan daripada senarai pelanggan mereka serta-merta.

Tindakan tersebut diambil tidak lama selepas suspek insiden tembakan rambang yang berlaku di pasar raya Walmart, El Paso, Texas didapati telah menggunakan platfom forum mesej itu bagi melakukan tembakan tersebut.

Insiden tembakan rambang itu telah mengakibatkan kematian seramai 22 mangsa dan 24 lagi cedera pada Ahad lalu.

Suspek terbabit dipercayai memuat naik kenyataan setebal empat muka surat di 8chan dan menyifatkan serangan di Walmart itu sebagai tindak balas terhadap pencerobohan golongan hispanik di Texas.

Terdahulu, lelaki kulit putih itu yang berasal dari Allen, Texas, Dallas, yang terletak kira-kira 1,046 kilometer di timur El Paso, berhampiran sempadan Amerika Syarikat dan Mexico.

Beberapa media tempatan yang memetik pegawai penguat kuasa undang-undang melaporkan bahawa suspek itu dikenali sebagai Patrick Crusius.

Crusius dilaporkan memuat naik mesej di 8chan bagi menyatakan sokongannya terhadap penyerang dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, yang mengorbankan 51 mangsa.

"We just sent a notice that we are terminating 8chan as a customer effective at midnight tonight Pacific TimeBased on evidence we’ve seen, it appears that he (gunman) posted a screed to the site immediately before beginning his terrifying attack.” Ketua Pegawai Eksekutif Cloudflare, Matthew Prince.

Sumber: Reuters

Berkaitan