CRFT 01, Sebuah Perumah Desktop Bertemakan Permainan PUBG Oleh NZXT

NZXT sebuah pembuat komponen popular untuk PC telah mengumumkan produk CFRT, siri barangan gaming yang dilesenkan secara eksklusif. CRFT ini akan dibuat dalam jumlah yang terhad menjadikannya sebagai barangan pengumpul.



Untuk keluaran pertama, NZXT telah bekerjasama dengan PUBG Corporation dan Gamers Outreach menghasilkan CRFT 01, sebuah perumah desktop bertemakan permainan FPS popular tersebut.



Direka bertemakan kotak AirDrop yang ikonik dari permainan tersebut memberikan nilai estetik yang bernilai kepada peminat mereka. Hanya 2,000 unit CRFT 01 akan dihasilkan dan 10% daripada nilai jualan akan disumbangkan kepada organisasi kebajikan Gamers Outreach.

Produk ini akan boleh mula didapati mulai pra-tempahan di NZXT yang akan dijual dengan harga RM 813.

Sumber