8 Sebab Mengapa Huawei MatePad Pro Terbaik Untuk Anda

MINGGU lalu kita sedia melihat Huawei Malaysia mengumumkan sejumlah penawaran peranti untuk pasaran tempatan. Bermula dengan siri Huawei P40, Huawei Watch GT 2e dan tidak dilupakan juga Huawei MatePad Pro.



Pertama kali diperkenalkan sekitar 4 bulan yang lalu, ia kini dengan rasminya ditawarkan di Malaysia. Jika anda sedang mempertimbangkan sebuah tablet untuk kegunaan harian? Ini 8 sebab mengapa Huawei MatePad Pro terbaik untuk anda.

1. Peranti kelas atasan dengan spesifikasi dan teknologi terbaik


Melalui penawaran MatePad Pro, ia umpama memadam garis pemisah antara tablet dan telefon pintar masa kini. Pembayangnya sudah kita boleh lihat daripada nama peranti itu sendiri.

Jikalau dahulu barisan tablet Huawei dinamakan dengan MediaPad, ia kini sudah beralih kepada MatePad, nama "Mate" yang cukup sinonim dengan model telefon pintar flagship kegemaran ramai.

Antara pertaruhan utama yang dibawa ke dalam MatePad Pro adalah cip pemprosesan Kirin 990. Merupakan cip 7nm ia dibangunkan melalui proses pembuatan EUV yang menggabungkan tiga tahap kecekapan kuasa CPU, Da Vinci NPU (teras besar+teras kecil), bersama 16 teras GPU untuk menyampaikan prestasi pantas serta cekap.



Menggunakan Mali-G76 MC16 sebagai pemproses grafik, ia berupaya memberikan visual yang baik ketika tontonan filem mahupun bermain aplikasi permainan. Ia turut dibantu dengan teknologi GPU Turbo bagi mengoptimumkan prestasi tablet tersebut.

Bergandingan denganya adalah kombinasi memori RAM 8GB bersama-sama ruang simpanan 256GB (UFS 3.0). Sekiranya tidak mencukupi, anda boleh luaskan lagi storan tersebut melalui memori kad NM yang menyokong sehingga 256GB.

https://www.youtube.com/watch?v=aoNgdKfuszI

Tidak cukup dengan itu, MatePad Pro juga dilengkapi dengan pengecasan berbalik tanpa wayar. Andai kata telefon pintar anda kekurangan kuasa, bolehlah sedut sikit 'nyawa' daripada bateri 7250mAh tablet ini.

2. Cara penggunaan tablet anda kini ditambah baik dengan App Multiplier.


Memiliki skrin berkeluasan 10.8 memberikan anda lebih kepuasan untuk melakukan sesuatu aktivi. Kini dilengkapkan dengan ciri App Mulitplier, anda boleh mendapatkan dua paparan pada skrin MatePad Pro.



Contohnya dalam aplikasi beli-belah, terdapat paparan carian dan disebelahnya pula ada senarai barangan. Dengan adanya ciri ini, ia bukan sahaja memudahkan malah memberikan pengalaman terbaik untuk anda dalam menggunakan sesebuah aplikasi.

3. Pancarkan paparan telefon pintar pada MatePad Pro.


Bagi anda yang sudah biasa dengan produk Huawei pasti sudah maklum dengan ciri Huawei Share. Ia memudahkan pemindahan data antara telefon pintar dengan tablet serta komputer riba.

Cukup dengan aktifkan fungsi tersebut dan sambungkannya, paparan telefon pintar anda tersedia diakses daripada MatePad Pro. Kini fokus anda boleh tertumpu pada satu peranti sahaja. Tidak perlu lagi bersusah payah memegang dua peranti kerana anda boleh dapat akses kedua-duanya dari satu peranti sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=vO4zVfh0rQo

4. Suka tengok drama? Suka tonton video? Huawei video ada.


Apa guna ada tablet kalau tak layan video atau drama betul? Bagi anda yang membeli MatePad Pro secara pra-tempahan, anda bakal menikmati langganan Huawei Video premium secara percuma selama 3 bulan.


Huawei Video merupakan perkhidmatan yang menawarkan video menerusi langganan bulanan. Ia menawarkan lebih dari 4000 kandungan video untuk tontonan pengguna.

Menerusi aplikasi Huawei Video, anda boleh memilih pelbagai kandungan seperti drama atau rancangan TV, klip pendek, sukan, dokumentari serta filem.

5. Ada dua mod penggunaan - Mod PC atau mod tablet


Sesuai dengan gaya penggunaan di zaman moden ini, MatePad didatangkan dengan dua mod penggunaan. Anda boleh jadikannya ibarat komputer riba dengan memadankannya bersama papan kekunci.

Ditambah lagi dengan kehadiran sokongan stylus, ia pasti memberikan pengalaman baru untuk anda dalam menyiapkan tugasan.

https://www.youtube.com/watch?v=95xKOvs6Ktk

6. Anda boleh MeeTime dengan MatePad Pro


Mungkin ini pertama kali anda mendengar tentang ciri MeeTime, ia merupakan aplikasi panggilan video yang disediakan untuk peranti Huawei.

Ia menyokong kualiti panggilan video sehingga 1080p, video lebih jelas dikawasan kurang cahaya, serta menyokong penggunaan peranti pihak ketiga.

https://www.youtube.com/watch?v=eRnEU9Qo2no

Selain itu, anda boleh berkongsi paparan yang sama pada penerima panggilan untuk memberikan pengalaman panggilan video yang berlainan daripada biasa.

7. Menerima hampir 100% Kadar Kepuasan Pengguna


Sebelum dibawa ke pasaran tempatan, MatePad Pro ditawarkan terlebih dahulu untuk pasaran China. Antara pencapaian bagi penawaran tablet Huawei ini adalah kadar kepuasan pengguna mencecah hampir 100% bagi pembeli secara dalam talian Huawei Vmall.

8. Anda beli secara pra-tempah, anda dapat tablet dan ganjaran lain bernilai lebih RM1000.


Huawei MatePad Pro sudah diperkenalkan sejak minggu yang lalu. Ditawarkan pada harga RM2399, pra-tempah tablet sedia berjalan dari 3 April dan bakal tamat pada 10 April 2020. Penghantaran pembelian akan dibuat pada hari berikutnya iaitu 11 April 2020.



Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, boleh lakukan pra-tempahan secara dalam talian di Huawei Online Shop atau pra-tempah di Lazada.

Pembelian secara pra-tempah ini akan diiringi dengan ganjaran percuma bernilai lebih dari RM1000, terdiri daripada Huawei Keyboard, M-Pencil, Cloud Storage 50GB (sah selama 12 bulan), langganan premium Huawei Video dan WPS Office Premium.

https://www.youtube.com/watch?v=BofQ2lE1tww

Bagi pasaran tempatan, Huawei MatePad Pro ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Pearl White dan Grey. Berminat? Tunggu apa lagi, pra-tempah sekarang selagi ia masih dibuka.