Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, variasi baharu virus COVID-19 itu dikenali sebagai B.1.1.7.
Ia pertama kali dikesan pada 20 September 2020 lalu di bandar Kent dan London, United Kingdom. Tetapi kini turut dilaporkan telah dikesan di beberapa negara lain termasuklah negara jiran kita Singapura.
Pada varian virus baru ini didapati terdapat mutasi pada protein yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel.
Menurut KKM, virus COVID-19 B.1.1.7 didapati lebih mudah merebak sehingga 70% berbanding varian lain virus tersebut yang pernah dikesan sebelum ini.
Malah varian B.1.1.7 didapati lebih mudah menjangkiti kanak-kanak dan mempunyai beban virus yang lebih tinggi.
Lebih membimbangkan adalah varian virus ini lebih sukar dikesan dalam ujian PCR bagi mengesan pesakit yang dijangkiti.
Walaubagaimanapun berita baiknya adalah vaksin COVID-19 sedia ada tidak terjejas dengan varian virus baru ini.
Varian virus COVID-19 B.1.1.7 juga masih belum dikesan di Malaysia.
Sungguhpun begitu, KKM memaklumkan ujian IMR akan terus dilakukan dari masa ke semasa bagi mengesan kehadirannya.
Setakat berita terbaru yang dilaporkan, Amerika Syarikat juga sudah melaporkan kes pertama COVID-19 dengan varian yang sama dari U.K.
Sumber: Guardian, CDC, KKM
Berkaitan
- Jumlah Penduduk Dunia Yang Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini
- MEASAT Menyediakan Perkhidmatan Internet Di 3 Pusat Vaksinasi COVID-19 Di Sabah
- Jika Anda Pengembara, Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini
- KKM Menafikan Infografik Palsu Tentang Pengambilan Dos Ke-4 Vaksin COVID-19
- Semak Lokasi Panas COVID-19 Dengan Sistem HIDE
- Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera
- Mustahil Untuk Dipalsukan, Sijil Vaksinasi COVID-19 Menggunakan Teknologi "Blockchain"
- Vaksin COVID-19 Akan Diberikan Secara Percuma, Tidak Diwajibkan
- KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini
- Jangan Terpedaya Dengan Akaun Facebook Palsu Ketua Setiausaha KKMM