Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8 Judul Permainan E-Sukan Ini Akan Dipertandingkan Secara Rasmi Di Sukan Asia 2022

8 Judul Permainan E-Sukan Ini Akan Dipertandingkan Secara Rasmi Di Sukan Asia 2022

Diterbitkan September 9, 2021 · Dikemas kini September 9, 2021 oleh ariff bukhari

Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) hari ini mengesahkan bahawa sebanyak 8 permainan e-sukan akan membuat penampilan sulung secara rasmi pada Sukan Asia Hangzhou yang dijadualkan akan berlangsung pada 10 hingga 25 September 2022 nanti.

Sebelum ini, pada Sukan Asia 2018 dahulu, e-sukan hanya dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi sahaja di mana pingat yang dimenangi peserta e-sukan tidak dikira secara rasmi pada masa itu.

8 Judul Permainan E-Sukan Ini Akan Dipertandingkan Secara Rasmi Di Sukan Asia 2022

Judul-judul permainan yang terpilih itu dipilih berdasarkan kriteria pemilihan yang mematuhi syarat termasuklah Nilai Olimpik yang ditetapkan oleh AESF dan Majlis Olimpik Asia (OCA).

8 Judul permainan e-sukan terpilih untuk dipertandingkan di dalam Sukan Asia itu nanti adalah;

  • Arena of Valor Asian Games Version 
  • DOTA 2 
  • Dream Three Kingdoms 2
  • EA SPORTS FIFA branded soccer games
  • HearthStone 
  • League of Legends 
  • PUBG Mobile Asian Games Version 
  • Street Fighter V 

Selain daripada 8 judul itu, AESF turut mengumumkan 2 lagi gelaran untuk dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi di Sukan Asia 2022 nanti

Ia adalah bagi mempromosikan e-sukan yang berasaskan teknologi di dalam Sukan Asia.

2 gelaran itu adalah;

  • AESF Robot Masters – Powered by Migu
  • AESF VR Sports – Powered by Migu

Sumber: AESF, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY