8 Idea Susun Atur Foto Menarik Untuk Instagram

Instagram, platform perkongsian gambar yang cukup popular masa kini. Diawal pengenalannya, ia merupakan aplikasi eksklusif untuk peranti iOS dan dua tahun kemudian ia mula ditawarkan kepada Android.

Sejak dari itu, pengguna dilihat semakin kreatif untuk berkongsi gambar bersama kenalan. Bukan sahaja sekadar media sosial, Instagram kini turut menjadi landasan peniaga mempamerkan produk jualan mereka.

Selain rakaman foto yang berkualiti, susun atur foto juga memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pengguna lain mengunjungi akaun anda.

Mahukan penampilan kemas pada Instagram? Jom ikuti 9 tips susun atur yang sedap mata memandang.

1. Squares



Susun atur paling mudah dan ringkas. Anda tidak perlu pening kepala untuk memuat naik jenis foto. Asalkan semua gambar menggunakan filter dan kombinasi warna yang sama.

2. Diagonal



Antara susun atur kegemaran Instafamous seluruh dunia. Apa yang perlu anda lakukan adalah pilih jenis gambar atau warna. Muat naik supaya ia kelihatan sebaris dari penjuru atas kebawah.

3. Tiles

Anda pasti pernah lihat susun atur ini. Sangat mudah. Muat naik gambar diselang seli dengan foto ayat atau kata-kata hikmah seperti dibawah. Atau selang selikan dengan jenis foto; manusia, barangan. Ikut selera anda.

4. Row by Row

Satu lagi susun atur yang menarik. Muat naik foto mengikut jenis dalam satu baris. Nampak tersusun cantik.

5. Line in the middle.

Susun atur seakan-akan foto dibahagi kepada dua bahagian. Boleh letakkan ayat-ayat dibahagian tengah. Kalau anda peniaga, boleh letak promosi.

6. Raibow Feed



Jika akaun Instagram ditatal, susun atur memaparkan foto berlainan warna. Macam pelangi.

7. Borders



Bermacam jenis bingkai yang boleh anda pamerkan. Petak atau bulat.

8. Puzzle

Susun atur ini agak sukar sedikit untuk dilakukan tetapi hasilnya sangat menarik. Foto-foto dimuat naik dilihat ibarat satu imej besar yang bercantum.

Untuk menghasilkan susun atur yang menarik dan sedap mata memandang, anda boleh gunakan beberapa aplikasi suntingan gambar seperti UNUM, The Preview App, Snapseed dan lain-lain.

 

Berkaitan