Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

Diterbitkan Oktober 10, 2017 · Dikemas kini Mei 18, 2018 oleh Tips Gajet

Kami yakin Ramai diantara anda diluar sana menggunakan aplikasi Google Chrome sebagai pilihan utama untuk melayari laman sesawang. Tahukah anda terdapat 8 fungsi rahsia berkenaan Google Chrome yang mungkin anda tidak tahu.

Berikut antara fungsi-fungsi yag boleh dicuba.

1.Menjimatkan penggunaan data

Anda boleh mengurangkan penggunaan data  dengan memasang “Extension Data Saver” yang boleh dimuat turun dan di pasang terus ke dalam Chrome.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

 

2.Akses ke komputer lain

Dengan memasang extension”chrome remote desktop” anda boleh memantau PC anda dari jarak jauh dengan menggunakan PC lain.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

3.Bookmark beberapa laman sesawang secara sekaligus

Sekiranya anda ada membuka lebih daripada satu tab laman sesawang dan ingin menyimpannya sebagai bookmark secara sekaligus, apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menekan icon bintang dibahagian penjuru atas  kemudian tekan kekunci “ctrl + D”.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

4.Menukar gambar latar belakang Chrome

Ini mungkin sudah ramai yang tahu. Anda boleh sahaja menukar gambar “background” mengikut kesukaan.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

5.Melihat kata kunci yang sudah disimpan

Bagi kata kunci yang sudah anda tetapkan “remember”, boleh dilihat kembali dengan pergi ke menu Settings > pilih Advanced > lalu pilih Manage Passwords.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

6.Bermain permainan video “offline” sekiranya tiada sambunagn internet.

Dimasa ketiadaan sambungan internet, anda boleh sahaja menghiburkan diri dengan bermain permainan video yang tersedia pada chrome dengan hanya menekan “space bar” ketika muncul paparan offline.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

7.”Mute” audio di tab baru

Sekiranya anda berasa jengkel dengan audio yang terpasang pada tab yang dibuka, boleh sahaja bisukan tab tersebut.  Caranya, buka chrome://flags dalam tab baru > Klik Enable di pilihan Enable the tab audio muting UI control.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

8.Task Manager

Sekiranya anda mengalami masalah pelayaran yang tersekat-sekat, boleh sahaja lajukan chrome dengan meatikan fungsi lain pada chrome dengan klik pada menu titik tiga pada bucu atas sebelah kanan kemudian pilih more tools seterusnya Task Manager.

8 fungsi Rahsia Google chrome Yang Perlu Anda Tahu

 

Itu sahaja serba sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress