8 Fitur Unik Telegram Yang tiada Pada Whatsapp

Rata-rata pengguna media sosial di Malaysia sudah sedia maklum dengan aplikasi perbualan Telegram yang mana sudah lama kehadirannya pada peranti pintar, sama ada Android mahupun Apple.

Boleh dikatakan Telegram mempunyai fungsi yang sangat unik dan jauh kehadapan berbanding dengan whatsapp, namun tidak tahu dimana silapnya yang menyebabkan aplikasi tersebut tidak menjadi pilihan utama para pengguna peranti pintar di Malaysia.

Berikut kami kongsikan 8 fitur unik Telegram yang perlu anda tahu.

1. Fitur "Message edit"



Fitur ini membolehkan anda menyunting kembali pesanan yang menngandungi ayat "typo" ataupun tersilap taip dengan tanpa perlu memadamnya. Untuk makluman anda, fitur untuk padam pesanan sudah lama ada pada aplikasi ini, yang mana telah di tiru oleh Whastapp.

 

2. Fitur pesanan tersembunyi



Fungsi ini membolehkan anda berbual dengan lebih selamat kerana mesej yang dihantar tidak akan disimpan pada "server" Telegram dan ianya akan terpadam dengan sendiri dalam sela masa tertentu.

 

3. Mengirim Fail dengan saiz yang besar



Ini diantara fitur yang sangat "Hot" pada Telegram, sehinggakan anda pengguna menubuhkan satu "group" khusus untuk berkongsi aplikasi dan filem pada Telegram.

 

4. Menonton Youtube sambil berbual



Sekiranya teman anda ada mengirim video ketika berbual, ianya dapat dimainkan tanpa perlu untuk anda berhenti berbual, kerana ianya boleh dilakukan secara serentak pada Telegram.

 

5. Anggota "Group" yang lebih ramai



100,000 ahli boleh dimuatkan dlaam satu kumpulan, jauh berbeza dengan Whatsapp yang mana hanya mampu memuatkan seramai 256 ahli sahaja.

 

6. fitur "Last Seen" yang lebih baik



Anda boleh menetapkan fitur ini dengan lebih terperinci berbanding dengan Whatsapp. Yang mana anda boleh pilih sesiapa yang anda inginkan untuk melihat fitur tersebut.

 

7. fitur Sticker



Ini pun diantara fitur yang sangat menarik, kerana Sticker yang terdapat pada aplikasi ini sangat unik.

 

8. Gambar tidak terus masuk ke Gallery



Fitur ini anda boleh tetapkan sendiri pada menu Setting. Walaupun anda memilih tidak disimpan, gambar tersebut tetap dapat dilihat dengan jelas pada tetingkap Telegram.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan