8 Fakta Menarik Tentang Messenger

Info yang mungkin anda tidak tahu tentang platfom sembang sosial Facebook Messenger.


Sempena Persidangan F8 2019 yang sedang berlangsung, Facebook telah mengkongsikan beberapa info menarik tentang platfom sembang sosial Messenger yang dibangunkan mereka.

Berikut adalah 8 fakta menarik tentang Messenger:-

  1. Pada setiap bulan, pengguna aktif Messenger adalah lebih daripada 1.3 bilion pengguna.

  2. Lebih kurang 300 ribu pembangun perisian menggunakan platfom Messenger.

  3. Seramai 410 juta pengguna menggunakan ciri sembang video Messenger setiap bulan.

  4. Sebanyak 20 bilion mesej dihantar antara pengguna umum dan perniagaan menerusi platfom Messenger setiap bulan.

  5. Pada setiap tahun secara purata, pengguna yang menggunakan servis sembang video Messenger meningkat sebanyak 40%.

  6. 17 bilion foto dikongsikan di platfom Messenger setiap bulan.

  7. 40 Juta perniagaan aktif dijalankan di atas platfom Messenger.

  8. Aplikasi Messenger merupakan aplikasi kedua paling popular di peranti iOS selepas aplikasi Facebook.

Berkaitan