Ulat Mula Menjual Peranti iPhone X Di Jalanan Hong Kong

Hari ini bermula jualan peranti Apple yang terbaru iaitu iPhone X di seluruh dunia dan situasi yang agak menarik dapat dilihat di jalan-jalan utama di Hong Kong. Kelihatan meja-meja kecil dan kotak styrofoam mula wujud seawal pagi Jumaat digunakan untuk menjual peranti iPhone X.

Peranti sempena ulangtahun ke 10 iPhone ini dibeli terlebih dahulu di kedai rasmi Apple di Hong Kong sebelum dijual kepada orang ramai dengan harga yang lebih tinggi.

Harga peranti yang dijual dalam lingkungan RM 5,600-5,700 untuk iPhone berkapisiti 256GB adalah RM 4,700 ke RM 4,800 bagi peranti berkapisiti 64GB. Ulat-ulat ini turut serta beratur untuk mendapatkan iPhone X dan kemudian menjual dengan harga yang lebih tinggi kepada pelanggan di luar yang tidak mahu bersesak untuk beratur panjang.

Jualan iPhone X dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan selepas jualan peranti iPhone 8 mereka yang kelihatan sedikit hambar sebelum ini.

Sumber