Balas mesej Whatsapp Anda Secara Otomatik

Salah satu media sosial paling "hot" di Malaysia ialah aplikasi Whatsapp. Fungsi-fungsi yang ada pada whatsapp memang terbaik dan perbualan yang berlaku adalah siap di "encrypted" . Tips yang kami ingin kongsikan kali ini ialah satu aplikasi yang boleh anda pasang untuk membalas mesej daripada whatsapp secara otomatik. Aplikasi ini sangat sesuai untuk anda yang buat perniagaan atas talian.

Caranya sangat mudah, ikut sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Pasang aplikasi Whatreply daripada Playstore terlebih dahulu



Langkah 2

Apabila buka aplikasi tersebut maka akan keluar pop-up "notification Access" pastikan anda "tick" pada menu tersebut.



Langkah 3

Aktifkan menu 1, dan masukkan "text" yang ingin di gunakan untuk balas mesej. pada nombor 3 pula tetapkan sela masa untuk mesej dibalas.



Langkah 4

Hasilnya adalah seperti berikut, sekiranya mesej yang diterima tidak dibaca dalam masa 10 saat, secara otomatiknya akan dibalas sepeti yang anda tetapkan seperti di langkah 3.



Itu sahaja tips daripada kami, semoga bermanfaat.