7 Tips Mengambil Gambar Kualiti Tinggi Dengan Menggunakan Telefon Pintar

Telefon pintar bukanlah sebuah peranti yang direka khas untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi. Tetapi rata-rata dari kita sebagai pengguna lebih gemar untuk menggunakannya ketika merakam saat-saat indah dalam hidup kita tidak kira dimana jua kita berada.

Tentu sukar untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi serta menarik tanpa peralatan yang direka khas untuk tujuan itu tapi skil serta cara yang betul mampu mengatasi masalah ini.

Jika anda mahu mengambil gambar yang berkualiti tanpa perlu membeli alatan yang lebih mahal, berikut merupakan cara-cara yang boleh anda lakukan.

1. Garisan grid dan  Rule of Third

Rule of third merupakan prinsip fotografi yang kerap digunakan dalam meletakkan objek dalam imej pada tempat yang sesuai. Kebanyakkan kamera telefon pintar yang dikeluarkan kini mempunyai fungsi garisan grid, dengan itu anda mampu mengaplikasikan prinsip rule of third dan mendapatkan hasil gambar yang kemas dan menarik.

iphone-rule-of-thirds Kapsyen: Air pancut merupakan objek utama. Rule of third adalah prinsip dimana meletakkan objek utama pada garisan yang membahagikan imej.


2. Pencahayaan yang optimum

Antara faktor yang penting untuk mengambil gambar yang berkualiti adalah pencahayaan yang baik. Kebanyakkan telefon pintar tidak dilengkapi dengan flash dan cahaya sintetik yang sesuai. Walaubagaimanapun anda boleh menggunakan sumber cahaya yang lain seperti lampu suluh atau apa-apa sumber cahaya yang sesuai. Selain itu, kehadiran telefon pintar dengan kamera dwi lensa turut mampu menyerap cahaya dengan lebih signifikan. Ini bermaksud anda boleh menangkap gambar pada waktu yang agak gelap seperti waktu malam. Kamera dwi lensa mempunyai lensa mono (hitam dan putih) serta lensa bayer (warna). Kedua-dua lensa ini meningkatkan penyerapan cahaya dengan menggunakan cahaya tambahan yang masuk kedalam lensa mono, kemudian menggabungkan imej hitam dan putih dengan imej warna untuk meningkatkan dengan jelas jumlah penyerapan cahaya.

best-smart-phone-accessories-dps-001 Kapsyen: Pilihlah tempat yang terang supaya gangguan (noise) dapat dielakkan


 

3. Sentuh untuk fokus

Jika ingin menambah sedikit unsur-unsur seni didalam gambar, anda boleh menggunakan efek Bokeh (objek kelihatan jelas dengan latarbelakang yang kabur). Caranya mudah saja, anda hanya perlu menyentuh sekali pada objek utama. Kamera secara automatik akan fokus pada objek tersebut. Anda juga boleh zoom in atau zoom out objek dan pada masa yang sama mengekalkan latarbelakang dalam keadaan yang kabur.

bokeh-photography

 

4. Gunakan ruang negatif

Ruang negatif merupakan salah satu prinsip penting dalam menghasilkan gambar yang berkualiti dan menarik. Bagi anda yang tertanya-tanya apa itu ruang negatif, ia bermaksud ruang yang kosong seperti langit, dinding, kawasan lapang atau apa-apa jua yang tidak menggangu fokus terhadap objek utama. Jika pandai digayakan, imej objek yang diambil pada ruang negatif akan lebih menonjol dan anda akan kelihatan seperti jurugambar profesional.

negative-space-in-composition-5

 

5. Bermain dengan perpekstif.

Gambar yang menarik dan berkualiti selalu diambil pada sudut perpekstif yang berlainan. Salah satu cara adalah bermain dengan perpekstif yang berbeza ketika mengambil gambar sesebuah gambar. Contohnya, ambil gambar dengan cara seperti berbaring, memanjat kawasan yang tinggi sedikit dan banyak lagi cara untuk mendapatkan sudut yang baik.

dedicated-photographers-8__700 Kapsyen: Ambil gambar dari pelbagai sudut dan perpekstif tapi pastikan ia tidak mencederakan anda


 

6. Gunakan fungsi edit didalam telefon pintar.

Mengambil gambar merupakan proses pertama dalam penghasilan imej yang berkualiti. Kebanyakkan telefon pintar masa kini mempunyai fungsi edit yang mampu menonjolkan lagi imej yang diambil. Seperti contoh, jika foto yang diambil agak malap atau suram, anda boleh menambah kecerahan foto itu. Terdapat banyak lagi fungsi yang boleh anda gayakan untuk foto anda.

crop-straighten

 

7. Kamera dwi lensa.

Langkah ke 7 ini sesuai bagi mereka yang bercadang untuk membeli telefon pintar yang baru. Mungkin anda boleh memilih telefon pintar yang mempunyai dwi lensa. Ini kerana, dwi lensa berfungsi baik dalam keadaan pencahayaan rendah dan mampu mengurangkan kesan kabur akibat dari gerakan. Foto yang dihasilkan juga lebih jelas dan terperinci. Pilihlah telefon pintar yang mempunyai kamera sesuai dengan kehendak anda.

huawei-p9-dual-camera