7 Tanda "Browser" Anda Sudah Di jangkiti "Malware"

Virus dan Malware sememangnya tidak asing lagi kepada pengguna PC jenis Windows dan ianya sangat ditakuti dek kerana banyak kesan buruk yang boleh terjadi termasuklah kehilangan ataupun kebocoran data peribadi.

Oleh itu langkah berjaga-jaga perlulah sentiasa dititik beratkan agar kita tidak mengadah dikemudian hari. Berikut diantara tanda-tanda "Browser" anda sudah dijangkiti oleh Malware

1."Homepage" pada pelayar bertukar menjadi laman sesawang yang lain.

Untuk pengguna palayar Chrome, kebiasaannya laman Google adalah tetapan asal, sekiranya ia berubah kepada laman yang tidak dikenali, maka berkemungkinan pelayar tersebut sudah dijangkiti.



 

2.Keluar Tab baru apabila tetikus di klik pada paparan pelayar.

Memang ada laman sesawang yang mengandungi iklan yang akan muncul apabila di klik, namun sekiranya perkara tersebut terjadi pada laman-laman rasmi seperti maybank dan lain-lain, maka mungkin ianya adalah Malware.



 

3."Loading" laman sesawang menjadi sangat perlahan.

Sekiranya masa yang diambil agak lama untuk mamuatkan sesebuah laman sesawang yang pada asalnya laju, maka anda harus berwaspada.



 

4.Browser lambat untuk dibuka ketika kali pertama di buka.



 

5.Muncul Toolbar pada aplikasi pelayar.



 

6.Muncul iklan walaupun tiada klik tetikus

Iklan keluar secara tiba-tiba pada laman rasmi seperti Netflix, Maybank dan lain-lain.



 

7.Pelayar sering mengalami masalah "Crash"

Masalah ini sering terjadi sekiranya terdapat fail ekxtensi yang tidak sah di pasang pada pelayar tersebut, iaitu seperti Malware.



 

Apa pun, sebagai langkah berjaga-jaga sentiasalah kemaskini anti-virus pada PC anda. Ataupun sekiranya ada "modal" lebih, kamis arankan anda bertukar kepada PC jenis Apple kerana ianya lebih selamat dari aspek keselamatannya.

Sekian, semoga bermanfaat.