7 Skil Manusia Yang Semakin Hilang Di Telan Zaman Dek Kerana Teknologi

1. Skil Mengingati Nombor Telefon




Siapa masih ingat lagi zaman dimana kita perlu buka buku panduan atau petunjuk nombor telefon Yellow Pages? Semua nombor telefon yang didaftarkan mengikut alamat rumah akan terpapar dalam buku kuning yang maha tebal ini. Sekarang semua orang sudah memiliki telefon pintar, jadi tidak perlu bersusah payah untuk mengingati nombor telefon setiap kenalan kita.

Sebelum hadirnya zaman telefon pintar, saya masih ingat lagi rakan-rakan saya memilih nombor telefon yang paling cun dan teratur. Kalau boleh urutan nombor mesti berulang-ulang atau mempunyai makna yang tersendiri. Sekarang siapa kisah?

Kini syarikat Yellow Pages ini lebih memfokuskan pada direktori bisnes dan maklumat tentang syarikat di Malaysia melalui kandungan digital.

2. Skil Mengira Duit




Sama ada anda sedar atau tidak, kita semakin menghampiri zaman atau era tanpa wang tunai (cashless). Penggunaan wang tunai secara fizikal (kertas & syiling) akan semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Sekarang pun kita sudah dapat lihat penggunaan kad kredit/debit yang semakin meluas di Malaysia. Malah pembelian secara online dan pertukaran mata wang boleh dilakukan terus melalui platform digital.

3. Skil Mencuci Gambar




Kalau cerita pasal cuci gambar, terus terbit dalam kepala kita 'Oh, ni mesti nak cuci gambar wedding ni'. Semenjak kemunculan kamera digital, dilihat sudah tidak ramai pengguna yang pergi ke kedai mencuci gambar seperti dahulu.

Sekarang  lebih banyak snap dan simpan dalam peranti storan sahaja, kecuali jika anda berkerja sebagai juru gambar. Banyak juga kedai servis cuci gambar sudah tutup dek kerana teknologi digital ketika ini.

4. Skil Membaca Peta




Siapa yang masih menggunakan peta kertas untuk menjelajah negara, tabik hormat saya berikan. Zaman dulu, kita perlu mengingati setiap jalan atau bertanya pada orang tempatan untuk pergi ke sesuatu destinasi yang tidak diketahui.

Sekarang kita sudah tidak perlu risau untuk menjelajah ke tempat yang kita tidak biasa dengan menggunakan aplikasi seperti Waze dan Google Maps.

5. Skil Mencari Makna Perkataan Menggunakan Kamus




Bukan sahaja kamus, malah tidak ramai daripada kita yang gemar membaca buku dan surat khabar untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini. Sekarang anda hanya perlu buka sahaja laman media sosial dan laman lain di internet untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kalau mahu mencari makna perkataan atau mendapatkan ilmu dengan senang, cari sahaja di ruang carian Google, mudah!. Pendidikan di institusi pelajaran juga ketika ini lebih cenderung untuk mengaplikasikan penggunaan platform digital terutamanya dari segi pembelajaran dan penyelidikan.

6. Skil Berkomunikasi Melalui Surat




Zaman dahulu kala manusia berkongsikan berita dengan menghantar surat menggunakan burung merpati. Lama-kelamaan manusia sendiri mengambil alih kerja tersebut dengan menggunakan khidmat posmen.

Kita dapat lihat semenjak kemunculan telefon bimbit, orang ramai lebih cenderung untuk menggunakan servis SMS untuk menghantar mesej kepada kenalan. Pada ketika itu, kita sudah mula melupakan aktiviti surat menyurat.

Aplikasi seperti Skype, FaceTime dan sebagainya juga telah memadamkan komunikasi jarak jauh secara surat menyurat yang mengambil masa hampir seminggu untuk menghantar mesej dari Perlis ke London. Dunia kini tanpa sepadan.

7. Skil Menulis Menggunakan Tangan.




Dengan zaman teknologi yang dilihat tidak akan berhenti ini, kanak-kanak kecil di masa akan datang mungkin tidak lagi tahu menulis menggunakan pen atau pensel. Ketika ini banyak usaha untuk membawakan penggunaan komputer riba dan tablet ke sekolah.

Penulisan kanak-kanak juga akan lebih terarah kepada platform digital. Jadi tak mustahil untuk saya katakan skil penulisan kanak-kanak moden di atas kertas juga akan berkurang dan lama kelamaan hanya tinggal sejarah untuk diceritakan pada masa akan datang. "Betul ke orang dulu-dulu tulis atas kertas?".

..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Apa lagi skil yang bagi anda akan hilang ditelan zaman dengan pengunaan teknologi yang semakin membangun ketika ini? Kongsikan pandangan anda bersama kami.