7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menjual iPhone

Adakah anda ingin menjual iPhone, iPad atau iPod Touch dalam masa terdekat? Sebelum dijual kepada orang lain, pastikan segala maklumat peribadi didalam peranti dipadam.

Perlu diingat,  jangan padam secara manual senarai kenalan, kalendar, peringatan, dokumen, foto atau sebarang maklumat lain semasa log masuk ke iCloud dengan Apple ID anda. Ini kerana, ia akan memadam semua kandungan dipelayan iCloud anda, juga peranti yang bersambung dengan storan awan tersebut.

Ikuti 7 langkah berikut sebelum menjualkannya kepada orang lain

1. Jika iPhone sambung dengan Apple Watch, sila unpair Apple Watch anda.

2. Backup iPhone anda (backup ke iCloud, Mac atau PC).

3. Kalau ada beli pelan AppleCare, sila batalkan pelan tersebut.

4. Log keluar perkhidmatan Apple yang anda guna seperti iCloud, iTunes dan App Store.

  • Jika anda guna iOS 10.3 dan keatas, tekan Settings> [nama anda]. Tatal kebawah dan tekan Sign Out.

  • Bagi iOS 10.2 dan kebawah pula, tekan Settings> iCloud> Sign Out. Tekan Sign Out sekali lagi, pilih Delete from My [peranti] dan masukkan kata laluan Apple ID anda. Pergi ke Settings> iTunes dan App Store> Apple ID> Sign Out.


5. Kalau tukar ke telefon Android, tolong batalkan pendaftaran iMessage.

6. Pergi semula ke bahagian Settings dan tekan General> Transfer or Reset> Erase All Content and Settings. Jika anda ada aktifkan Find My iPhone, anda mungkin perlu memasukkan ID dan kata laluan. Kalau peranti anda guna eSIM, ambil pilihan padam peranti dan profil eSIM apabila diminta.

7. Jika diminta kod laluan peranti atau kod laluan Restrictions , masukkannya. Kemudian tekan Erase [peranti].

Sumber: Apple