7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tawaran Pakej Data Khas SPM/STPM 2021

Kerajaan telah melancarkan inisiatif Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 yang diskokong oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama bagi membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada Februari dan Mac tahun ini.
Pakej tersebut menawarkan Pelan Internet yang eksklusif 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah, pada harga RM20.


Di sini disenaraikan 8 perkara yang perlu anda tahu tentang Pakej Data Khas SPM/STPM 2021:-

1. Disokong oleh 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi - Pakej ini disokong oleh 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi  iaitu Celcom Axiata Berhad ("Celcom"), Digi Telecommunications Sdn Bhd (" Digi ”), Maxis Berhad (“ Maxis ”), U Mobile Sdn Bhd (“ U Mobile ”) dan Telekom Malaysia Berhad (“ TM ”).

2. Kelayakan - Pelajar atau calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada 2021 layak untuk mendapatkan pakej khas ini.

3. TM lewat sedikit - Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 boleh dilanggan bermula dari 6 Januari sehingga 30 April 2021 daripada penyedia perkhidmatan mudah alih Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Tawaran TM pula dijangka tersedia mulai 11 Januari 2021.

4. Kuota data untuk semua jenis pelayaran internet - Pelajar- pelajar boleh terus menggunakan kuota data untuk sebarang atau semua jenis perkhidmatan web atau aplikasi yang berkaitan Internet. Walaubagaimanapun setiap pakej adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan anda.

5. Tempoh sah dan saiz kuota data - Pelajar-pelajar boleh menikmati 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah.

6. Data tambahan untuk pelan prabayar - Sekiranya seorang pelajar telah mempunyai kuota data tersedia dalam pelan prabayar mereka dan membeli Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 ini, pelajar tersebut akan mendapat 15GB kuota data tambahan.

7. Jika kuota data pakej tidak digunakan - Sekiranya anda melanggan pakej tersebut pada hari terakhir, sebagai contoh pada 30 April 2021, anda boleh menggunakan kuota data tersebut dalam masa 30 hari tempoh sah, iaitu sehingga 30 Mei 2020. Selepas itu, pakej dan kuota data tersebut akan luput.




Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli Pelan Internet khas ini, Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing:-

Sumber: SKMM