Pakej tersebut menawarkan Pelan Internet yang eksklusif 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah, pada harga RM20.
Di sini disenaraikan 8 perkara yang perlu anda tahu tentang Pakej Data Khas SPM/STPM 2021:-
1. Disokong oleh 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi - Pakej ini disokong oleh 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad ("Celcom"), Digi Telecommunications Sdn Bhd (" Digi ”), Maxis Berhad (“ Maxis ”), U Mobile Sdn Bhd (“ U Mobile ”) dan Telekom Malaysia Berhad (“ TM ”).
2. Kelayakan - Pelajar atau calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada 2021 layak untuk mendapatkan pakej khas ini.
3. TM lewat sedikit - Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 boleh dilanggan bermula dari 6 Januari sehingga 30 April 2021 daripada penyedia perkhidmatan mudah alih Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Tawaran TM pula dijangka tersedia mulai 11 Januari 2021.
4. Kuota data untuk semua jenis pelayaran internet - Pelajar- pelajar boleh terus menggunakan kuota data untuk sebarang atau semua jenis perkhidmatan web atau aplikasi yang berkaitan Internet. Walaubagaimanapun setiap pakej adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan anda.
5. Tempoh sah dan saiz kuota data - Pelajar-pelajar boleh menikmati 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah.
6. Data tambahan untuk pelan prabayar - Sekiranya seorang pelajar telah mempunyai kuota data tersedia dalam pelan prabayar mereka dan membeli Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 ini, pelajar tersebut akan mendapat 15GB kuota data tambahan.
7. Jika kuota data pakej tidak digunakan - Sekiranya anda melanggan pakej tersebut pada hari terakhir, sebagai contoh pada 30 April 2021, anda boleh menggunakan kuota data tersebut dalam masa 30 hari tempoh sah, iaitu sehingga 30 Mei 2020. Selepas itu, pakej dan kuota data tersebut akan luput.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli Pelan Internet khas ini, Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing:-
- Celcom - www.celcom.com.my/personal/prepaid/plans/internet-plans
- Digi - www.digi.my/spm-stpm
- Maxis - https://www.hotlink.com.my/en/support/internet/spm-stpm-2021- package
- U Mobile - http://u.my/spmstpm
- TM - www.unifi.com.my/personal/mobile/bebas
Sumber: SKMM
Berkaitan
- Beberapa Lokasi Di Malaysia Catat Kualiti Udara Tidak Sihat
- 5 Ciri Baru WhatsApp Yang Dijangka Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- Tak Lama Selepas Dilancarkan, "ChatGPT" Buatan China Gagal Berfungsi
- Iklan Akan Mula Dipaparkan Dalam Aplikasi WhatsApp Bermula Tahun Hadapan
- Kitaran Matahari Maksimum Semakin Hampir, Letusan Matahari Berjaya Dirakam Sistem Teleskop Negara
- Menurut AnTuTu, Inilah 20 Telefon Pintar Android Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang Oktober 2020
- ASUS Mengumumkan Model Terbaru Zephyrus G14 Dan Zephyrus G15
- Lenovo Tayang Komputer Riba Dengan Skrin Telus 17.3 Inci
- Insta360 Lancar Pengimbal Dengan Teknologi AI Termaju Di Dunia
- Pencuri Larikan Kabel TM Sepanjang 44.2 Meter Sejauh 100km